Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hotlink Prepaid – BM

Hotlink Perkenal Pelan Prabayar Dan Pascabayar Baharu

Diterbitkan Januari 18, 2024 ยท Dikemas kini Januari 18, 2024 oleh Amal Addin

Hotlink telah meningkatkan pelan prabayar dan pascabayar mereka dengan 5G. Ia membolehkan pelanggan menikmati akses internet 5G yang lebih pantas serta tambahan kuota data untuk pengalaman gaming dan penstriman yang lancar.

Pelan prabayar Hotlink terbaru menyediakan akses 5G manakala Pas Hotlink Tanpa Had baru menawarkan kelajuan 5G tanpa had pada waktu tertentu beserta internet tanpa had dan akses hotspot harian dengan harga berpatutan.

Berikut merupakan dua pelan prabayar terbaharu:

  • Pas 5G Tanpa Had
  • Pas Pantas

Pas 5G Tanpa Had ada dua iaitu:

  • Pas Bulanan
  • Pas Mingguan

Pas Bulanan ada dua:

  • RM50 (berkelajuan 12 Mbps)
  • RM40 (berkelajuan 6 Mbps)

Pas Mingguan ada satu:

  • RM12 (berkelajuan 6 Mbps)

Hotlink Prepaid Plans – BM

Pas Pantas ada tiga iaitu:

  • RM35 (bulanan)
  • RM25 (bulanan)
  • RM10 (mingguan)

Pas Pantas RM35 menawarkan:

  • 60GB [30GB (4G/5G) + Bonus 30GB (5G)]

Pas Pantas RM25 menawarkan:

  • 40GB [20GB (4G/5G) + Bonus 20GB (5G)]

Pas Pantas RM10 menawarkan:

  • 20GB [10GB (4G/5G) + Bonus 10GB (5G)]

Screenshot 2024-01-18 130729

Hotlink juga meningkatkan semua pelan Pascabayar mereka dengan data bonus 5G. Pelan tersebut juga menyertakan sekali SMS dan panggilan tanpa had.

Berkaitan

  • Data 262,000 Pengguna Maxis Didakwa Telah Tertiris
  • Khas Untuk Penjawat Awam, Dua Pelan Pascabayar Maxis Hadir Dengan Rebat 24 Bulan
  • Senarai Pelan Prabayar Internet 'Unlimited' Berbaloi 2023
  • Senarai Pelan Pascabayar Data Tanpa Had Untuk Tahun 2023
  • Pelan Pascabayar U Postpaid Kini Terima Penambahan Kuota Data 4G/5G

Pelanggan Hotlink Postpaid dengan pelan 60 dan 70 akan mendapat faedah subsidi peranti. Selain itu, pelanggan Hotlink Postpaid 70 akan menikmati perkhidmatan perayauan (roaming) di Singapura, Indonesia, dan Thailand.

Hotlink Postpaid Plans – BM

Pelan Hotlink Postpaid 60 dan 70 akan dinaik taraf bermula 18 Januari hingga 29 Januari 2024. Hotlink Postpaid 40 akan ditamatkan, namun pelanggan sedia ada akan dapat terus menggunakan pelan tersebut dengan kuota data yang dinaik taraf.

Pendaftar baharu akan menikmati kuota internet yang dinaik taraf secara automatik. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari laman web rasmi Hotlink.

Sumber: Siaran Media Maxis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY