Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GXBank Perkenalkan GX FlexiCredit, Mohon Pinjaman Kini Lebih Mudah

GXBank Perkenalkan GX FlexiCredit, Mohon Pinjaman Kini Lebih Mudah

Diterbitkan Ogos 23, 2024 · Dikemas kini Ogos 23, 2024 oleh ariff bukhari

Berikutan kejayaan pengenalan Kad GX dan Akaun Simpanan, GXBank – bank digital pertama di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan GX FlexiCredit.

Ia adalah penawaran kredit baharu di mana pelanggan akan diberikan had pinjaman yang mereka boleh keluarkan.

GXBank berkata, ia direka untuk menangani keperluan kewangan rakyat Malaysia dengan mengelakkan masa pemprosesan yang panjang, dokumentasi yang kompleks dan syarat pembayaran balik yang ketat yang sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman peribadi tradisional.

GXBank Perkenalkan GX FlexiCredit, Mohon Pinjaman Kini Lebih Mudah

Jika berminat, anda boleh mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada fasa perintis GX FlexiCredit.

Selepas itu, pelanggan GXBank terpilih yang layak akan ditawarkan talian kredit  mereka.

Bagi mereka yang baru mengenali GXBank, anda boleh klik pautan ini untuk mendaftar.

Manakala pelanggan GX semasa pula boleh ikut serta untuk menerima produk dan tawaran berkaitan kredit di bawah tab “Me” dalam “Manage consents”.

GXBank Perkenalkan GX FlexiCredit, Mohon Pinjaman Kini Lebih Mudah

Antara kriteria utama yang melayakkan untuk anda memohon adalah seperti berikut:

  • Pelanggan sedia ada GXBank dengan Akaun Simpanan GX yang aktif
  • Warganegara Malaysia dengan MyKad
  • Berumur antara 21 dan 64 tahun
  • Mempunyai pendapatan bulanan minimum RM1,500

Untuk info lanjut, layari laman rasmi Flexicredit gxbank.my

Sumber: Siaran media GXBank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Permohonan Biasiswa 'Impian Gigih' GXBank Kini Dibuka, Ini Syarat Kelayakan
  • GXBank Kini Capai 750,000 Pelanggan
  • Anda Boleh Tunaikan Solat Jumaat Dalam IOI City Mall Putrajaya Bermula September Ini
  • Haier Tawar Diskaun Sehingga 50% Sempena Pembukaan Cawangan Ke-48

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY