Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oneplus 10 pro leak green (2)

OnePlus Lepaskan Semula OxygenOS 12, Sahkan OnePlus 10 Rasmi Januari Ini

Diterbitkan Disember 28, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Jika anda ketinggalan, OnePlus telah menghentikan kemas kini OxygenOS 12 minggu lepas kerana menerima banyak maklum balas negatif daripada pengguna. Namun, kini OnePlus telah melepaskan semula OxygenOS 12 dengan beberapa penambahbaikan.

Untuk makluman, OnePlus untuk pasaran China menggunakan HydrogenOS manakala OxygenOS adalah untuk pengguna global. Bagi pengguna HydrogenOS, sistem operasi mereka akan digantikan dengan ColorOS dalam kemas kini terbaru ini. Pengguna OxygenOS pula masih akan terus mendapat OxygenOS namun banyak elemen daripada ColorOS diimplimentasi.

Pete Lau melalui kenyataannya di Weibo mengakui transisi daripada HydrogenOS ke ColorOS agak sukar jadi ia mengambil masa lama namun beliau menjamin bahawa pengguna tidak akan kehilangan data semasa menaik taraf ke ColorOS.

Ramai percaya masalah pada OxygenOS 12 tempoh hari adalah disebabkan integrasi kod (codebase) dalam usaha menyatukan ColorOS dan OxygenOS.

Dalam pada itu, Pete Lau turut berkata beliau sendiri akan menggunakan OnePlus 10 Pro tidak lama lagi dan mengesahkan siri OnePlus 10 akan diperkenalkan secara rasmi pada Januari ini.

Andainya anda tertanya-tanya mengenai ura-ura spesifikasi OnePlus 10 Pro, kami ada kongsikannya di SINI.

Sumber: Gizmochina

Baca juga:

  • Telefon Terbaik Bawah RM2200 (2021)
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2
  • Pengguna OnePlus Boleh Siap-Siap, Kemaskini Android 12 Mula Dilepaskan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY