Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oxygenos 12 features

OnePlus Gantung OxygenOS 12, Akan Keluar Kemas Kini Terbaru

Diterbitkan Disember 13, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Minggu lalu, peranti siri OnePlus 9 telah menerima kemas kini OxygenOS 12 berasaskan Android 12 sekaligus menjadi terawal yang menerimanya.

Terbaru, pihak OnePlus telah memberitahu Android Police bahawa mereka telah menggantung pengedaran OxygenOS12 dan akan mengeluarkan kemas kini terbaru secepat mungkin.

“We are aware of the issues caused by the OxygenOS 12 update and our software team is fixing them. We will suspend this software update and roll out a new iteration as soon as possible.”

Untuk pengetahuan, OPPO dan OnePlus secara rasmi bekerjasama dalam pembangunan OxygenOS 12 ini. OxygenOS terkenal dengan antara mukanya yang ‘suci’ daripada visual dan ciri tambahan yang tidak penting dan memperlahankan prestasi.

Bagaimanapun, versi terbaru OxygenOS ini tidak menerima maklum balas positif daripada peminat kerana identiti “stock Android” sudah tidak diketengahkan lagi malah ia mengintegrasikan antara muka dan ciri daripada ColorOS. Selain itu, pengguna juga melaporkan mereka terlalu banyak pepijat dalam kemas kini terbaru ini.

Sumber: Android Police

Baca juga:

  • Buat Masa Sekarang, Ini Yang Kita Tahu Tentang OnePlus 10 Pro
  • Pengguna OnePlus Boleh Siap-Siap, Kemaskini Android 12 Mula Dilepaskan
  • Telefon Terbaik Bawah RM1500 (2021)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY