OnePlus 6T Edisi McLaren Boleh Dipra-Tempah, Akan Mula Didapati Pada 21-24 Disember Ini

Pihak OnePlus Malaysia dilihat telah mula membuka pra-tempahan bagi model OnePlus 6T Edisi McLaren di LazMall mereka dengan harga RM 3,388. Pengumuman ini dibuat melalui satu kiriman di Facebook rasmi mereka baru-baru ini.

https://www.facebook.com/mys.oneplus/photos/a.202932443821883/358308551617604/?type=3&theater

Pembeli yang membuat pra-tempahan dijangka akan mula menerima peranti mereka di antara 21 - 24 Disember ini.

OnePlus 6T edisi khas ini hadir dengan spesifikasi yang sama dengan OnePlus 6T, namun menikmati beberapa naiktaraf.



Diantaranya ialah ia ditawarkan dengan pengecasan baharu Warp Charge 30 yang didakwa mampu membekalkan kuasa penggunaan seharian dalam masa 20 minit.

Selain itu, peranti ini juga mempunyai memori sehingga 10GB RAM, ruang simpanan dalaman sebesar 256GB serta reka bentuk yang nampak lebih menarik dengan kilauan warna oren menghiasi bingkai panel belakangnya.

Untuk sesiapa yang berminat mendapatkan peranti ini, anda boleh membuat pra-tempahan di LazMall OnePlus Malaysia.

 

Sumber: OnePlus Malaysia