Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 3T Bakal Dibina Dengan Snapdragon 821

OnePlus 3T Bakal Dibina Dengan Snapdragon 821

Diterbitkan Oktober 23, 2016 · Dikemas kini Oktober 24, 2016 oleh Haikel Areff

Khabar angin tentang model baru OnePlus 3 akhirnya terjawab. Model baru OnePlus 3 akan diberi nama OnePlus 3T dan akan dibina dengan cip pemproses 2.4GHz Snapdragon 821 berbeza dengan model sebelum ini yang memiliki cip pemproses 2.15GHz Snapdragon 820.

Ianya didakwa mempunyai peningkatan kelajuan sebanyak 10% dengan naik taraf pemproses yang baru. OnePlus juga berkata mereka tidak akan meneruskan model siri X mereka dan mahu memfokuskan hanya satu flagship dalam setahun dalam usaha untuk menjaga reputasi dan jenama mereka.

 

OnePlus juga berkata mereka akan mengekalkan paparan AMOLED walaupun didakwa mereka akan menggunakan panel LCD untuk peranti baru mereka. Pihak kami masih tidak pasti tentang tarikh sebenar telefon ini akan dilancarkan secara rasmi. Ura-ura juga mengatakan ianya bakal dihidangkan bersama Android 7.0 Nougat-based OxygenOS.

Sama-sama kita nantikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY