Jadi yang mana satu paling power di antara kedua-dua peranti ini? Mengikut dari ujian kelajuan (speed test) yang dibuat oleh PhoneBuff, ternyata OnePlus 3T mengungguli perlumbaan di antara kedua-dua telefon berkeupayaan gergasi ini.
Percubaan dibuat dengan melihat kepantasan pemproses menjalankan sistem operasi dengan membuka aplikasi pada masa yang sama, berapa lama kedua-dua peranti mengambil masa untuk membuka dan 'loading' permainan atau browser. Mereka juga menguji kepantasan peranti dengan membuka kesemua aplikasi dan melihat berapa lama setiap peranti mengambil masa untuk membuka semula aplikasi yang sedang berjalan.
OnePlus 3T lebih laju dari segi membuka aplikasi yang sedang berjalan seperti galeri atau kamera. Apabila ujian didalam aplikasi permainan, Huawei 9 Pro lebih berkuasa dari OnePlus 3T. Tetapi secara umumnya dilihat OnePLus 3T lebih efisyen dalam menggerakkan RAM dan sistem operasi.
Anda boleh lihat video ujian dari PhoneBluff di bawah dengan lebih lanjut.
Sudah semestinya kedua-dua telefon ini berkeupayaan tinggi, walaupun dilihat OnePlus 3T lebih pantas namun Mate 9 semestinya tidak mengecewakan. Tetapi dengan kemunculan abang kawasan Samsung Galaxy S8 yang mungkin akan tapau semua telefon dengan Snapdragon 835 mega mereka.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=6r4TcP8QFpM[/embed]
Sumber: Phone Bluff
Berkaitan
- Permainan Video Stardew Valley Kini Boleh Dipra-Daftar Di Google Play Store
- Kerajaan Mahu Laksana Tindakan Lebih Proaktif Bagi Membendung Jenayah Cetak Rompak Digital
- iFlix Melebarkan Sayap Mereka Ke Afrika
- OnePlus 6T Boleh Mula Dipra-tempah Pada 30 Oktober Ini
- Xiaomi Mi 8, Fon Hampir Sempurna
- Penampilan Khas Robot 'Sophia' Di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019
- Unboxing OnePlus 7T
- Digi Tawar Pra-Tempahan Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober Ini
- Honor 10 Lite Dilancarkan Secara Rasmi, Dikuasakan Dengan GPU Turbo 2.0
- Youtube Kini Dengan Sokongan 4K Strim Secara Langsung