Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtube Kini Dengan Sokongan 4K Strim Secara Langsung

Youtube Kini Dengan Sokongan 4K Strim Secara Langsung

Diterbitkan Disember 1, 2016 oleh Haikel Areff

YouTube kini tampil dengan sokongan video 4K untuk penstriman video secara langsung mereka. Dengan penambahan sokongan 4K ini, para pengguna boleh strim kandungan biasa, atau kandungan video 360-darjah pada resolusi 4K.

Berita ini hadir selepas beberapa minggu mereka mengumumkan penambahan sokongan 4K HDR. Memandangkan, format 4K lebih mudah dirakamkan berbanding 4K HDR, ianya adalah satu naik taraf yang sememangnya menggembirakan pengguna dan pemilik video. Seperti biasa, untuk tujuan berkenaan, pengguna akan memerlukan sambungan internet yang pantas bagi menyokong kebolehan penstriman langsung pada resolusi yang sangat tinggi.

Pemilik akaun YouTube boleh mula memuat naik video dengan format 4K. Jika anda di pihak penonton dan mahu melihat bagaimana rupa resolusi 4K, anda boleh melayari YouTube pada hari ini dan cari The Game Award yang memaparkan video dengan format 4K. Dengan peranti ketika ini semakin hari tampil dengan sokongan 4K seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, nampaknya kualiti video pada masa akan datang akan lebih fantastik!

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY