OnePlus 11 Dijual Secara Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM3299

OnePlus 11 telah dirasmikan untuk pasaran Malaysia pada hari ini, 14 Februari 2023. Pada awalnya, peranti baharu OnePlus ini telah dilancarkan di China pada awal Januari lepas dan untuk pasaran global pada minggu lepas.


Spesifikasi OnePlus 11 5G


OnePlus 11 5G dikuasakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2, memori RAM LPDDR5X bersaiz 16GB (boleh ditambah hingga 12GB) dan storan UFS 4.0 sebesar 256GB.



Selain itu, ia disokongkan bateri 5,000mAh yang besar dan digandingkan pengecasan pantas SuperVOOC 100W. OnePlus dakwa ia mampu dicas 1% ke 100% hanya dalam 25 minit sahaja.



Peranti OnePlus ini menggunakan OxygenOS 13.0 berasaskan Android 13. OnePlus 11 5G mempunyai skrin Fluid AMOLED bersaiz 6.7 inci beresolusi QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Di samping itu, peranti ini mempunyai ciri tambahan Dolby Vision untuk paparan dan Dolby Atmos untuk penghasilan audionya.

Untuk sistem kamera, OnePlus 11 5G dilengkapi tetapan 3 kamera - 50MP kamera utama (Sony IMX890), 48MP ultra-lebar (Sony IMX580), dan 32MP telefoto (2x zum optik) serta 16MP untuk swafoto.

Harga dan Ketersediaan


Untuk pengetahuan pembaca, OnePlus Buds Pro 2 turut dilancarkan yang telah ditalakan oleh Dynaaudio, dan ciri ANC dipertingkatkan.



OnePlus 11 5G akan hadir dalam 2 variasi dengan harga seperti di bawah:

  • OnePlus 11 5G (16GB / 256GB) - RM3,599

  • OnePlus 11 5G (8GB / 128GB) - RM3,299


Pembaca boleh membuat pratempah di Shopee dan Lazada bermula 16 - 24 Februari dan bakal membawa pulang OnePlus Buds Pro 2 percuma.

Jualan pertama pula bermula 25 Februari hingga 3 Mac di mana pembelian OnePlus 11 5G layak mendapat diskaun Rm200 untuk pembelian OnePlus Buds Pro 2.

Beli di Shopee - https://invl.io/clggylt

Beli di Lazada - https://invol.co/clggyma

{suggest}