Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hati-Hati Dengan Pautan Mesej Dari Servis Penghantaran

Perisian Hasad FluBot Kembali Hantui Pengguna Android, Duit Bank Boleh Lesap

Diterbitkan Januari 11, 2022 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari F5 Labs telah mengesan perisian hasad yang muncul pada awal tahun 2020 lalu kini kembali aktif menyerang pengguna telefon pintar Android.

Jika dahulu, perisian hasad yang dikenali sebagai FluBoat itu hanya mensasarkan organisasi perbankan di beberapa buah negara seperti Sepanyol, Australia, United Kingdom dan German

Tetapi kini penyelidik mendedahkan, apabila ia berjaya menjangkiti telefon pintar Android mangsanya, ia akan mula mengambil alih sepenuhya peranti tersebut dengan mengakses pelbagai kandungan seperti nombor orang hubungan, memintas mesej, mencuri kata laluan dan info peribadi mangsa.

Malah FluBot juga kini berupaya membatalakn ciri keselamatan Google Play Protect, membuang aplikasi tersedia dipasang dalam peranti serta nyah aktifkan ciri optomasi bateri peranti Adroid.

FluBot dikesan disebarkan dalam beberapa cara. Salah satu cara yang selalu digunakan penjenayah siber adalah melalui hantaran mesej SMS yang mengandungi pautan kononnya dari pihak kurier bagi menjejaki barang pos.

Kadang kala pula ia muncul seperti notifikasi SMS mesej suara.

Perisian Hasad FluBot Kembali Hantui Pengguna Android, Duit Bank Boleh Lesap
Cara FluBot menyerang pengguna telefon pintar Android. Kredit: F5 Labs.

Ekoran itu, pengguna Android dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menerima sebarang mesej SMS yang mengandungi pautan di dalamnya.

Pengguna juga disyorkan supaya tidak memasang aplikasi dari fail APK yang tidak dari sumber sah.

Selain itu, anda juga disyorkan supaya mengaktifkan ciri Google Play Protect dalam telefon pintar Android anda bagi mengesan aplikasi-aplikasi yang diragui.

Sumber: F5 Labs, bleepingcomputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY