Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
observatori langkawi

Observatori Negara Langkawi Rakam Fenomena Sinaran Krepuskular

Diterbitkan April 28, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, pada 1 April 2022 jam 7:36 petang, Observatori Negara Langkawi telah berjaya merakam satu fenomena yang dikenali sebagai sinaran krepuskular (Crepuscular rays).

Krepuskular adalah perkataan yang diambil dari perkatan latin, iaitu crepusculum yang bermaksud waktu senja.

MYSA menjelaskan, sinaran krepuskular merupakan fenomena optik yang sering kali berlaku.

Sinaran krepuskular

Sinaran krepuskular adalah sinaran cahaya matahari ke arah timur (ketika Matahari terbit) atau barat (ketika Matahari terbenam) yang menembusi awan-awan tebal biasanya dari jenis stratokumulus.

Cahaya Matahari akan melalui celahan gunung-ganang dan awan menyebabkan terbentuknya jaluran gelap dan cerah yang kelihatan muncul dari satu titik, iaitu Matahari.

Jaluran cahaya ini kelihatan disebabkan oleh kehadiran molekul udara, titisan air dan debu yang terapung di dalam udara.

Sinaran krepuskular selalunya berwarna kekuningan ataupun kemerahan kerana fenomena serakan cahaya.

Sumber: MYSA

Baca juga:

  • Ini Cara Sembunyikan Status “typing…” Ketika Menaip Mesej Di WhatsApp
  • Ini Cara Buat ‘Sticker’ Bergerak Pada Aplikasi WhatsApp
  • Cara Nak Guna Dua Akaun Berbeza WhatsApp Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY