https://twitter.com/kopite7kimi/status/1530972700910288896
Ciapan terbaru daripada leaker yang terkenal, kopite7kimi menyatakan kad grafik RTX 4090 akan dilancarkan terdahulu. Seterusnya, akan diikuti dengan RTX 4080 dan RTX 4070.
Jika kita melihat bagaimana Nvidia perkenalkan kad grafik siri RTX 3000 pada 2020, mereka mengumumkan ketiga-tiga kad grafik RTX 3090, RTX 3080, dan RTX 3090 pada hari yang sama.
Tetapi kad-kad tersebut dilancarkan pada hari yang berbeza dengan perbezaan lebih 2 minggu diantaranya. Tambahan lagi, terdapat juga khabar angin mengatakan siri RTX 4000 akan membuat kemunculan di antara suku ketiga dan keempat 2022.
Berdasarkan maklumat yang kita perolehi setakat ini, kami dapat simpulkan bahawa Nvidia berkemungkinan besar akan mengumumkan siri RTX 4000 pada pertengahan Julai depan dan akan dilancarkan pada setiap bulan bermula bulan Ogos hingga bulan Oktober.
Sumber: videocardz, wccftech
Berkaitan
- Lambakan Siri RTX 3000, NVIDIA Dilapor Terpaksa Kurangkan Tempahan Silikon Dari TSMC
- Rekaan Siri Kad Grafik RTX 40 Mungkin Sama Sahaja Dengan Siri RTX 30
- Isu 'Power Adapter' RTX 4090 Mencair, NVIDIA Bakal Berdepan Saman
- MSI Lancar Barisan GPU Siri NVIDIA GeForce RTX 4060
- Isu Kabel RTX 4090 Cair, NVIDIA Kata Pengguna Yang Salah Pasang
- Apple, Google, NVIDIA, AMD Berminat Melabur Dalam ARM
- NVIDIA Dikhabarkan Rancang Untuk Turunkan Harga GPU Siri RTX 3000
- Rezeki Ceburi AI, Pendapatan NVIDIA Melonjak 1000%
- Kad Grafik Siri Nvidia GeForce RTX 4000 Mungkin Dilancar Lebih Awal
- Mungkin Ini Spesifikasi Kad Grafik RTX 4090