Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

2 Produk Apple Ini Mungkin Akan Jadi Produk Vintaj Tidak Lama Lagi

Posted on Jun 1, 2022

Apple Inc. dikhabarkan bercadang untuk meletakkan iPad Pro generasi pertama mereka dan Apple TV HD dalam senarai produk vintaj mereka dalam bulan Jun ini. Hal ini kerana syarikat itu telah mengagihkan memo dalaman yang mengandungi perkara ini kepada Apple Stores dan Apple Authorized Seller.

iPad Pro

Sesebuah produk Apple itu akan menjadi vintaj apabila sudah lebih 5 tahun sejak kali terakhir Apple mengagihkan produk tersebut untuk dijual.

iPad Pro pertama kali dilancarkan pada November 2015, dikuasakan cip pemprosesan A9X daripada Apple dan kamera 8 megapixel.

Selain itu, iPad Pro pada mulanya dijual pada tanda harga USD799 (~RM3,500) di AS untuk model dengan storan 32GB dan sokongan 4G LTE.

Apple TV HD

Banyak ura-ura mengatakan Apple TV HD termasuk dalam senarai produk Apple yang akan dikelasifikasikan sebagai vintaj pada penghujung Jun ini.

Ketika ini, Apple masih lagi menjual produk tersebut, berkemungkinan besar Apple TV HD masih akan diteruskan lagi perkhidmatannya kerana ia terlalu cepat untuk Apple meletakkan Apple TV HD sebagai vintaj. Hal ini demikian jika kita melihatkan bagaimana Apple mendefinisikan produk mereka sebagai vintaj.

Apple TV 4K

Apple TV HD mula dilancarkan pada Oktober 2015 dan dijenamakan semula selepas Apple TV 4K dilancarkan pada September 2017. Jika kita melihat garis masa produk ini, masih belum mencapai 5 tahun sejak perubahan itu berlaku untuk meletakkan Apple TV HD sebagai vintaj.

Oleh itu, besar kemungkinan Apple merujuk kepada “Rev A“, Apple TV generasi ketiga yang telah ditamatkan penjualannya pada Oktober 2016. Apple juga dilaporkan bercadang untuk melancarkan Apple TV yang baharu pada pertengahan kedua tahun 2022 ini mengikut kata Kuo dalam ciapan beliau:

Apple will launch a new version of Apple TV that improves cost structure in 2H22. I think that Apple's aggressive strategy of integrating hardware, content, and service amid the recession will help close the gap with its competitors.

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) May 13, 2022

Produk-Produk Lain

Selain dua produk di atas, memo Apple ada menyenaraikan iPhone 6 dan iPhone 6S Plus sebagai vintaj pada penghujung Jun ini. Selain itu, iPhone 4S pula akan dilabelkan “obsolete” pada penghujung Jun ini juga.

Kelasifikasi obsolete bermaksud Apple telah berhenti mengagihkan produk ini lebih daripada 7 tahun dan tidak lagi layak untuk menerima sebarang sokongan perkhidmatan.

Sumber: Macrumors

Baca juga:

  • My50: Hanya RM50 Untuk 30 Hari Perjalanan Tanpa Had, Ini Cara Aktifkan
  • Saintis Berjaya Tumbuhkan Sel-Sel Pada Badan Robot
  • Walaupun Sedang Rugi, Netflix Tetap Hentikan Perkhidmatan Di Rusia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress