Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nothing phone 3a lite

Nothing Phone (3a) Lite: Banyak Persamaan, Sedikit Kelebihan

Diterbitkan Disember 22, 2025 · Dikemas kini Disember 22, 2025 oleh ainabatrisyia

Ringkasan Ulasan: Nothing Phone (3a) Lite

Wiser memberi Nothing Phone (3a) Lite skor 6.8/10. Harganya di Malaysia ialah RM1,199 semasa ulasan ini diterbitkan pada 22 Disember 2025.

Produk Nothing Phone (3a) Lite
Skor Wiser 6.8/10
Harga (semasa ulasan) RM1,199
Diulas oleh ainabatrisyia
Tarikh ulasan 22 Disember 2025

Kelebihan

  • Ada Panda Glass protection
  • Ada OIS pada kamera

Kekurangan

  • Tak ada kamera telefoto
  • Glyph Light hanya satu dot kecil
  • Harga tak berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan

Beli di: Shopee · Lazada

Kalau sekali pandang, Nothing Phone (3a) Lite dan CMF Phone 2 Pro ini kelihatan lebih kurang sama. Dari segi saiz sehinggalah kedudukan kamera, memang nampak sebiji. Tapi jika anda berminat untuk membeli telefon ini, mari kita lihat apa ciri yang best dan ciri yang tidak best pada Nothing Phone (3a) Lite ini.

@wisermy

Nothing Phone (3a) Lite, tengok video ni dulu sebelum korang nak beli.

♬ original sound – Wiser MY – Wiser MY

Ciri Best

Pertama sekali, bahagian belakang dan bahagian hadapan telefon ini dilengkapi dengan sejenis protection yang dipanggil Panda Glass. Ciri ini mampu menjamin keselamatan telefon pintar anda walaupun ketahanan yang didatangkan bersama hanyalah IP54.

Selain itu, jika dibandingkan dengan CMF Phone 2 Pro, kamera pada Nothing Phone (3a) Lite ini mempunyai OIS yang membolehkan anda mendapatkan hasil gambar yang lebih jelas dan video yang stabil.

Seperti yang kita dapat lihat pada rekaan belakang kedua telefon ini, kedudukan kamera memang kelihatan sama. Namun, terdapat perbezaan dari segi spesifikasinya. Untuk kamera CMF Phone 2 Pro, ia didatangkan dengan kamera Telefoto manakala Nothing Phone (3a) Lite pula dihadirkan dengan 2MP kamera Makro.

Ciri tak Best

Pasti anda semua tahu tentang “Glyph Light” yang dapat dilihat pada telefon siri Nothing Phone (3) atau siri Nothing Phone (3a). Ia merupakan lampu yang berkelip-kelip pada belakang telefon, boleh digunakan untuk pelbagai perkara terutamanya penerimaan notifikasi atau panggilan secara visual.

Nothing Phone (3a) Lite ini, direka dengan glyph light dalam bentuk satu bulatan kecil sahaja. Jika dibandingkan dengan siri telefon pintar Nothing yang lain, penerimaan notifikasi dan panggilan pada telefon ini boleh dikatakan sangat membosankan dan tidak memuaskan. Ia terasa seperti hilang satu kelebihan telefon keluaran Nothing.

Harga telefon ini pula RM1199 di mana tinggi sedikit berbanding CMF Phone 2 Pro. Boleh jadi ini disebabkan jenama ‘Nothing’ itu sendiri atau disebabkan oleh material yang digunakan pada panel belakang telefon ini. Mahupun begitu, harga yang ditawarkan seperti tidak berapa sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan oleh telefon ini.

Kesimpulan

Apa yang boleh disimpulkan adalah, jika anda pengguna CMF Phone 2 Pro, mungkin untuk anda naik taraf ke Nothing Phone (3a) Lite ini bukanlah satu pilihan yang menguntungkan. Ini kerana spesifikasi yang ditawarkan oleh kedua telefon ini tidak jauh bezanya.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY