Nombor Prabayar Dengan Maklumat Tidak Sepadan Bakal Ditamatkan Perkhidmatan

Sejak tahun 2006 lagi SKMM sudah mewajibkan telco meminta maklumat lengkap pengguna untuk mendaftar nombor telefon prabayar.

Namun begitu, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan penipuan dengan mendaftarkan maklumat orang lain sementara nombor itu digunakan mereka.

Kerjasama antara SKMM dan Jabatan Pendaftaran Negara mendedahkan terdapat pendaftara nombor prabayar yang tidak sepadan dengan rekod JPN.

Mengutip berita dari laman The Star, sejumlah 1.6 juta nombor prabayar bakal ditamatkan perkhidmatan pada tahun hadapan kerana disyaki menggunakan maklumat pendaftaran yang tidak sepadan serta meragukan.

Difahamkan lagi, pihak telco bakal menjalankan pengesahan nombor prabayar dan sekiranya pengguna gagal mengemaskini serta mengesahkan maklumat itu, akaun mudah alih mereka akan dihentikan.

Malaysia ketika ini mempunyai 46 juta nombor telefon aktif dan 32 daripadanya adalah pengguna nombor prabayar.

Sumber: The Star