Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Kata Kamera Moto G5s Plus “Murah”

Xiaomi Kata Kamera Moto G5s Plus “Murah”

Diterbitkan September 21, 2017 oleh Helmi Samsuri

Mi A1 dan Moto G5s Plus merupakan dua buah peranti kelas pertengahan yang dilengkapi dengan sistem dwi kamera utama. Buat masa sekarang, hanya Mi A1 sahaja yang ditawarkan di dalam pasaran tempatan, di mana penawarannya sudah pun bermula minggu lalu.

Berbeza pula dengan negara jiran, Indonesia, Xiaomi dan Moto masing-masing telah membawa masuk kedua-dua model ini untuk peminat disana dan ia dilancar secara rasmi pada 19 September(Moto) dan 20 September (Xiaomi).

Pada acara perasmian peranti Xiaomi yang berlangsung di Jakarta semalam, Donovan Sung selaku Pengarah Pemasaran Global Xiaomi telah berpendapat dwi kamera yang digunakan pada Moto G5s Plus lebih murah berbanding Mi A1.

“Itu (Moto G5S Plus) dwi kameranya lebih murah. Konfigurasi dwi kamera kami lebih mahal. Dwi kamera banyak, tetapi semuanya berbeza-beza,” ujar Donovan.

Menjawab kritikan daripada Xiaomi, Pengurus Kumpulan Niaga Lenovo dan Mudah Alih Motorola Indonesia,Adrie R. Suhadi pula menjelaskan, beliau tidak tahu teknologi dwi kamera mana yang menelan kos penghasilan lebih tinggi dan menambah bahawa ia adalah rahsia syarikat masing-masing.

“Ini merupakan cara pemasaran yang tidak beretika kerana menjatuhkan pesaing secara black marketing.” tegas Adrie.

Walaupun kedua-dua model hadir dengan sistem dwi kamera, Moto G5s Plus dan Xiaomi Mi A1 mempunyai perbezaan dari segi ia berfungsi. Moto G5s Plus menggunakan gabungan dua sensor, warna dan monokrom, mirip seperti teknologi dwi kamera Huawei P9.

Bagi Mi A1 pula, mereka menggunapakai gabungan antara lensa lebar, dan telefoto seakan-akan iPhone 7.

Sumber: Kompas

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY