Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia Lancar TV Pintar 43 Inci Dengan Paparan Skrin 4K LED, Sokongan JBL Audio

Nokia Lancar TV Pintar 43 Inci Dengan Paparan Skrin 4K LED, Sokongan JBL Audio

Diterbitkan Jun 4, 2020 oleh Amalina Athman

Nokia hari ini telah mengumumkan TV pintar 43 inci di India. Melalui pengumuman tersebut, Nokia 43 inci 4K LED Smart Android TV merupakan tv pintar dengan sokongan resolusi 4K Ultra HD.

Nokia tv

Mempunyai bezel nipis di sekeliling skrin, ia bertujuan untuk memberikan pengalaman menonton dari hujung ke hujung tanpa had kepada pengguna. TV pintar ini didatangkan dengan sokongan teknologi MEMC, serta fungsi seperti peredupan pintar, gamut warna luas, dan Dolby Vision.

Nokia tv

Selain itu, ia mempunyai pembesar suara 24W di bahagian bawah yang menyokong DTS TruSurround, Dolby Audio dan dioptimumkan oleh JBL yang menawarkan bass lebih mendalam.

Sebagai tambahan, TV pintar ini dikuasakan oleh pemproses 1GHz PureX Cortex A53 empat teras bersama kad grafik Mali 450 MP4. Turut melengkapkan TV pintar ini adalah konfigurasi 2.25GB RAM dan ruang simpanan 16GB.

Nokia Lancar TV Pintar 43 Inci Dengan Paparan Skrin 4K LED, Sokongan JBL Audio

Bagi sistem operasi, TV pintar ini menjalankan Android TV 9 dan hadir dengan sokongan Google Assistant. Ia juga mempunyai Chromecast terbina dan Play Store untuk muat turun lebih banyak aplikasi pada TV.

Seterusnya, ia mempunyai sokongan sambungan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n dengan Bluetooth 5.0. Peranti ini mempunyai tiga port HDMI, serta masing-masing satu bagi port USB 3.0 dan port Ethernet.

Nokia 43 inci 4K LED Smart Android TV akan mula dijual pada harga ₹31,999 (~RM1,800) melalui Flipkart dan hanya tersedia pada pasaran India.

Sumber: GSMArena

Dapatkan barangan Nokia dari Lazada (https://invol.co/clon6d) atau Shopee (https://invol.co/clon6h)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY