Nokia Berhasrat Tawar Teknologi 5G Di Malaysia

Pelaksanaan rangkaian 5G secara komersial  dalam negara sebelum ini telah dirancang bakal beroperasi sekitar suku ketiga 2020. Namun begitu, hala tuju rangkaian generasi tersebut mula berubah dengan pengenalan Pelan JENDELA.

Melalui JENDELA, keutamaan diberikan pada pengukuhan rangkaian 4G. Kita mungkin melihat 5G seawal penghujung 2022 ataupun awal 2023 berdasarkan pengumuman menteri KKMM sebelum ini.

Baca juga - MCMC: Akses WiFi Percuma Dengan Kelajuan 35Mbps Bakal Dinikmati Menjelang Oktober 2021

Terbaru, Bernama melaporkan bahawa Nokia menyatakan mahu menawarkan teknologi 5G mereka kepada Malaysia. Memetik temu bual Bernama bersama Ketua Asia Tenggara Nokia, Daniel Jaeger, banyak elemen diperlukan dalam pelaksanaan 5G.

Beliau berpendapat, Nokia mempunyai setiap keperluan itu disamping pengendalian rangkaian 5G yang lebih dipercayai. Dalam pada itu, Nokia turut disahkan menyertai tender infrastruktur 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Baca juga - Nokia Sertai Tender Projek Infrastruktur 5G Malaysia

Sumber: Bernama