Terkini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah telah menyatakan bahawa rangkaian 5G akan mula diperkenalkan di Malaysia seawal penghujung 2022 ataupun awal 2023 kelak.
Mungkin ada yang menjangka 5G akan diperkenalkan sekitar penghujung tahun ini disebabkan syarikat telekomunikasi yang begitu aktif mempromosikan telefon 5G mereka.
Namun, itu tidak bakal terjadi disebabkan kerajaan harus mengkaji pelbagai faktor dan meneliti setiap aspek sebelum mula memperkenalkannya.
Menurut Menteri Komunikasi, antara aspek yang dikaji adalah caj yang bakal dikenakan kepada rakyat untuk mengakses 5G, memastikan jurang digital 5G rapat, dan juga melihat ketersediaan industri dalam penerimaan 5G.
Beliau turut berkongsi di mana dijangka 5G akan digunakan sepenuhnya sebanyak 70% oleh industri manakala lagi 30% adalah untuk rakyat biasa.
Tambahan lagi, perancangan dan persiapan rangkaian 5G yang tertib adalah lebih baik dari sekadar mengikut kempen 5G yang dilaksanakan oleh sesetengah syarikat telekomunikasi di Malaysia.