Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dengan Jualan Sebanyak 103 Juta Unit, Switch Jadi Konsol Paling Laris Nintendo Dalam Sejarah

Nintendo Mengacah Pengganti Konsol Switch, Zelda BotW 2 Mungkin Dilancarkan Tahun Ini

Diterbitkan Februari 7, 2022 oleh Faiz Munir

Nintendo telah mengumumkan laporan jualan mereka baru-baru ini dengan memperlihatkan konsol Nintendo Switch menjadi konsol paling laris mereka mengalahkan Wii dengan unit jualan 103.54 juta.

Dalam laporan jualan tersebut juga, Nintendo ada mengacah konsol pengganti Switch. Dalam satu sesi soal jawab, David Gibson, penganalisis berkaitan Jepun merumuskan bahawa Nintendo ada memberi petunjuk untuk peranti generasi Switch seterusnya.

Bukan itu sahaja, Nintendo juga mungkin akan memperkenalkan ciri backwards compatible yang mana peranti ini boleh memainkan permainan dari generasi Switch sebelumnya. Fungsi ini juga terdapat pada PS5 dan Xbox Series X.

Q) How think about the 98m versus next console?
A) Into 6th year of Switch and we are maintaining momentum, we are looking at how to expand and grow this 100m users, leading into next gen device (sounds like next device will be backward compatible!) 7/

— David Gibson (@gibbogame) February 3, 2022

Namun tidak pasti sama ada peranti generasi baru ini akan menjadi Nintendo Switch 2 atau penambahan kemaskini untuk Nintendo Switch Pro. Apa-apa pun kita mungkin akan dapat lihat peranti ini beberapa tahun lagi kerana menurut Shuntaro Furukawa, Presiden Nintendo bahawa Switch kini sedang berada dalam pertengahan kitaran hayatnya..

Beralih kepada berita The Legend of Zelda Breath of the Wild 2 pula, peminat jangan khuatir kerana Zelda ini masih lagi tersenarai dalam laporan perisian Nintendo untuk tahun 2022. Zelda disahkan untuk pelancaran pada tahun 2022.

Namun terdapat ura-ura bahawa ia mungkin akan ditunda sehingga tahun 2023 berikutan pandemik Covid-19 yang memberikan kesan terhadap pembagunan permainan tersebut.

Selain Zelda, Splatoon 3, Bayonetta 3 dan Mario+Rabbids Sparks of Hope juga disahkan akan dilancarkan pada tahun ini.

Buat peminat Metroid, ini mugkin sedikit mengecewakan kerana Metroid Prime 4 ini tersenarai dan tarikh pelancarannya juga masih belum diketahui walaupun ia pertama kali diumumkan pada tahun 2017.

Sumber: Tom’s Guide

Baca juga:

  • Dengan Jualan Sebanyak 103 Juta Unit, Switch Jadi Konsol Paling Laris Nintendo Dalam Sejarah
  • Activision Blizzard Sahkan Akan Ada Game Warcraft Untuk Telefon Pintar Tahun Ini
  • GTA 6 Akhirnya Diumum Rockstar Games Tapi Tarikh Pelancaran Masih Misteri

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY