Nintendo baru-baru ini telah mengumumkan laporan jualan mereka untuk suku ke-empat tahun 2021.
Ia memperlihatkan konsol Switch telah menjadi konsol paling laris mereka dengan unit jualan 103.54 juta mengalahkan Wii yang memegang rekod sebelum ini dengan 101.63 juta.
Nintendo Switch adalah merupakan konsol yang dilancarkan pada tahun 2017 lalu dan ia hanya mengambil masa selama 5 tahun untuk menjadi konsol paling laris Nintendo.
Menariknya, jumlah jualan ini juga mengalahkan PlayStation 1 yang sebanyak 102.5 juta meletakkannya sebagai konsol permainan nombor 5 paling laris dalam sejarah.
Sebagai perbandingan, konsol nombor 1 paling laris adalah PlayStation 2 dengan jumlah jualan 155 juta unit.
Seiring dengan itu, Nintendo turut berkongsi permainan paling banyak terjual adalah Mario Kart 8 Deluxe dengan jumlah jualan salinan 43.35 juta.
Nintendo walau bagaimanapun menjangkakan jualan berkurang sebanyak 1 juta unit iaitu 23 juta berbanding 24 juta unit pada November 2021.
Ini bermungkinan besar disebabkan masalah peningkatan kos, isu rantaian bekalan, dan juga kekurangan cip.
Sumber: Polygon
- Hanya Cas 2 Jam 30 Minit, Lelaki Ini Pecah Rekod Dunia Rentas 4,561KM Dengan Porsche Taycan
- Tolak Tawaran RM20 Ribu, Elon Musk Sekat Remaja Yang ‘Stalk’ Jet Beliau
- Penyelidik Bangunkan Set Ujian COVID-19 Guna Telefon, Kotak Dan Lampu LED, RM30 Setiap Ujian