Nikmati Hadiah Percuma Bernilai RM1,177 Bagi Pembelian Vivo NEX 3 Di Semua Cawangan SenQ

Para peminat Vivo boleh merasai pengalaman memegang telefon pintar terbaru keluaran mereka, iaitu Vivo NEX 3 yang kini tersedia untuk anda mengujinya di semua cawangan senQ di seluruh negara.

Pelanggan juga diberi pilihan untuk mendapatkan Vivo NEX 3 ini di dalam talian melalui laman web senQ serta Senheng dan kemudiannya menikmati hadiah percuma yang bernilai sehingga RM1,177, termasuklah kotak hadiah NEX 3, pemacu USB dan fon telinga bluetooth RAPOO.



Di samping itu, pelanggan yang membuat pembelian juga turut akan menerima 3 tahun jaminan eksklusif buat telefon pintar NEX 3 mereka.

Vivo NEX 3 yang dijual pada tanda harga RM3,899 ini dipasang dengan skrin paparan Waterfall FullView berukuran 6.89 inci dari jenis POLED. Bahagian dalamannya juga sarat dimuatkan dengan komponen berprestasi tinggi seperti Snapdragon 855 Plus, RAM 8GB serta storan 256GB yang berasaskan UFS 3.0

Ditawarkan dengan warna Glowing Night, NEX 3 juga hadir dengan tetapan tiga kamera terdiri daripada lensa utama 64MP (f/1.8), 13MP (f/2.2) lensa sudut lebar serta lensa telefoto 13MP (f/2.5) berserta bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas Super Flash Charge 44W.