Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NFT Waran Tangkap Nelson Mandela Dijual Dengan Harga Yang Tinggi

NFT Waran Tangkap Nelson Mandela Dijual Dengan Harga Yang Tinggi

Diterbitkan Mac 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Walaupun sudah hampir 9 tahun meninggal dunia, Nelson Mandela masih tetap menjadi ikon demokrasi Afrika Selatan. Bukan itu sahaja, waran tangkapnya versi NFT berjaya dijual pada harga US$130,000 (~RM548,860).

NFT waran tangkap Nelson Mandela yang berusia 60 tahun itu dilelong di Momint, sebuah kedai dalam talian yang berpangkalan di London untuk seni digital.

Hasil jualan itu akan disalurkan kepada Liliesleaf, kini merupakan muzium bersejarah yang pernah menjadi pangkalan operasi untuk beberapa pejuang anti-apartheid pada tahun 1960-an.

Nelson Mandela yang meninggal dunia pada tahun 2013 tentunya memberi impak besar terhadap Afrika Selatan.

Bahkan barang-barang berkaitan bekas presiden Afrika Selatan tersebut menarik perhatian ramai di pusat lelongan.

Pusat lelongan Guernsey’s di New York, telah merancang untuk melelong barangan dari kehidupan Mandela pada 28 Januari tahun ini.

Orang ramai telah dijemput untuk membida kunci sel Pulau Robben di mana Mandela pernah menghabiskan 27 tahun dalam tahanan, raket tenis, sepasang cermin mata, dan salinan perlembagaan Afrika Selatan 1996 yang ditandatangani Mandela, antara yang lain.

NFT Nelson Mandela
Dokumen asal waran tangkap Nelson Mandela. Sumber: Cryptopolitan

Dokumen fizikal waran tangkap Mandela telah didermakan kepada Liliesleaf pada tahun 2004 dan kekal dalam simpanan organisasi.

Sebagai sebahagian daripada jualan, pemilik NFT waran tangkap Nelson Mandela akan mempunyai akses eksklusif terhadapnya.

Sumber: Bitcoinist

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Menuju “Metaverse”, Zuckerberg Akan Bawa NFT Ke Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY