Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (18)

Steam Akhirnya Secara Rasmi Sokong DualShock Dan DualSense

Diterbitkan November 27, 2023 oleh Muhd Idham

Pada kemas kini Steam yang terbaru, syarikat Steam secara rasmi akan menyokong alat kawalan PlayStation sama seperti alat kawalan Xbox. Hal ini menjelaskan bahawa anda tidak perlu lagi membeli alat kawalan Xbox hanya untuk bermain permainan di Steam.

Melalui pembaharuan ini, pengguna akan dapat mengakses bahagian sokongan hardware di Steam Library yang menyertakan penapis permainan untuk alat kawalan DualShock bagi PS4 dan DualSense bagi PS5.

filter steam

Berdasarkan gambar di atas, pengguna akan lebih mudah mencari permainan yang sesuai bagi setiap alat kawalan yang ingin digunakan.

Selain itu, pembaharuan yang sama juga didapati akan hadir di halaman kedai permainan Steam di mana anda boleh menyemak status keserasian alat kawalan terlebih dahulu untuk setiap permainan di bahagian carian Steam seperti gambar di bawah.

controller sup sect

Walaupun kita tahu bahawa platform Steam boleh dikatakan satu platform khas untuk pemain MnK (papan kekunci dan tetikus), malah ramai yang di luar sana masih selesa dengan penggunaan alat kawalan daripada konsol PlayStation atau Xbox untuk bermain permainan.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Android Auto Juga Akan Guna Kemas Kini Google Maps Terbaru
  • Bakal Dilancar 5 Disember, Ini Rupa Penuh OnePlus 12
  • SHARGE Lancar 3 Produk Baharu Bertema "The Wandering Earth II"

Sumber: Steam News Hub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY