Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SHARGE The Wandering Earth II Collections_1

SHARGE Lancar 3 Produk Baharu Bertema “The Wandering Earth II”

Diterbitkan November 27, 2023 · Dikemas kini November 27, 2023 oleh ariff bukhari

SHARGE terus menawarkan produk unik dan eksklusif dengan yang terbaru produk bertemakan dari filem fiksyen sains “The Wandering Earth II“.

Dalam filem “The Wandering Earth II“, Internet Hostkey menyembunyikan 30,000 kata laluan rawak sebagai kunci untuk memulakan “Earth Engines” bagi mendorong Bumi keluar dari Sistem Suria, ke tanah air baharu.

Diinspirasikan dari itu, SHARGE mencipta semula prop filem asal itu ke dalam bentuk bank kuasa.

Internet Hostkey membolehkan pengecasan 3 peranti serentak dengan menampilkan 2 port USB-C dan 1 port USB-A. Ia boleh meningkatkan produktiviti anda dengan jumlah output 130W dan output port tunggal maksimum 100W.

Ia membenarkan pengecasan pantas dan selamat untuk lebih 1,000 peranti, menyokong protokol pengecasan pantas universal yang serasi dengan komputer riba, telefon pintar, tablet, konsol mudah alih dan banyak lagi.

SHARGE The Wandering Earth II_Internet Hostkey_1

Selain itu, SHARGE turut menawarkan 2 lagi produk mereka yang bertemakan The Wandering Earth II iaitu bank kuasa magnetik, Space Elevator yang diilhamkan oleh lif angkasa yang menghubungkan manusia dengan ruang dalam filem itu dan MOSS Charger 40W iaitu komputer kuantum dalang AI daripada “The Wandering Earth II“.

SHARGE The Wandering Earth II_MOSS Charger_2
MOSS Charger 40W.
SHARGE The Wandering Earth II_Space Elevator_3
Space Elevator.
SHARGE The Wandering Earth II_MOSS Charger_1
MOSS Charger 40W.

Bank kuasa Internet Hostkey hadir dalam 2 varian iaitu 130W dan 40W yang masing-masing berharga RM999 dan RM499.

Manakala bank kuasa magnetik, Space Elevator pula berharga RM229 dan MOSS Charger 40W berharga RM299.

Koleksi SHARGE “The Wandering Earth II” ini sudah pun tiba secara rasmi di Malaysia. Jualannya tersedia bermula dari 1 Disember 2023 secara eksklusif di Lazada Flagship Store, dan laman rasmi SHARGE.

Berkaitan

  • Bank Kuasa Pertama Di Dunia Dengan Ciri Ramalan Masa Pengecasan Kini Di Malaysia
  • ICEMAG, Bank Kuasa Magnetik Dengan Ciri Kipas RGB Pertama Di Dunia Tiba Di Malaysia
  • Pengguna EV Wajib Pasang Salah Satu Daripada 6 Aplikasi Ni

Sumber: Siaran media SHARGE

(Miliki barisan produk SHARGE yang unik di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY