Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
10 kandungan netflix

Netflix Dipaksa Siarkan 20 Saluran Kerajaan Rusia Jika Ingin Terus Beroperasi

Posted on Disember 31, 2021Disember 31, 2021

Russia ialah sebuah negara yang mempunyai sejarah panjang dalam sosialisme dan hingga sekarang menjadi antara kuasa besar dunia.

Jika anda tertanya-tanya mengapa kandungan di Netflix berbeza di setiap negara, antara faktor ini berlaku adalah kerana undang-undang yang berbeza di setiap negara.

Rusia telah menetapkan syarat untuk Netflix menyiarkan sekurang-kurang 20 siaran kerajaan di platform tersebut bermula Mac 2022.

Ini bukanlah sesuatu yang lazim untuk Netflix. Antara saluran tersebut ialah stesen NTV dan Spas (saluran Gereja Ortodoks Rusia) di bawah Channel One yang dimiliki kerajaan Rusia.

Ini adalah disebabkan sebuah badan kerajaan di sana telah meletakkan Netflix dalam senarai perkhidmatan visual-audio yang memerlukannya patuh pada syarat tersebut.

Netflix buat masa kini tidak dapat dipastikan apakah akan menurut syarat tersebut namun semuanya bergantung pada keuntungan yang diperoleh dari sana.

Sumber: The Moscow Times

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer
  • Jangan Beli Laptop Selagi Anda Tak Baca 11 Perkara Penting Ini
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress