Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Disney+ Netflix

Jumlah Langganan Lebih Banyak, Disney Kini Mendahului Netflix

Diterbitkan Ogos 11, 2022 oleh Amalina Athman

Melalui laporan kewangan yang dikeluarkan 10 Ogos oleh Walt Disney, Disney+ telah menambah 14.4 juta langganan bagi suku tahunan baru-baru ini. Secara keseluruhan, Disney mempunyai 221 juta langganan bagi semua platform penstriman yang ditawarkan termasuk Hulu dan ESPN+.

Berkaitan

  • Pelanggan unifi TV Boleh Nikmati Disney+ Hotstar, Percuma 6 Bulan
  • Netflix Hilang Hampir 1 Juta Pelanggan Tapi Dapat Lebih Ramai Pelanggan Asia
  • CEO Netflix: Pelan Beriklan Tidak Akan Ada Semua Kandungan Seperti Sekarang

Ini bermakna, Disney kini sudah mendahului jumlah langganan Netflix, yang mempunyai  220.67 juta pelanggan aktif seluruh dunia. Terdahulu, dalam laporan bulan lalu, Netflix turut menunjukkan kehilangan 1.28 juta pelanggan di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja serta 770,000 dari pasaran lain termasuk Eropah.

Dalam pada itu, Disney turut mengumumkan langganan Disney+ akan dinaikkan bermula 8 Disember nanti. Kenaikan harga adalah berikutan pelancaran pelan sokongan-iklan bagi perkhidmatan penstriman itu, dengan kos $7.99 (~RM35.61) sebulan iaitu harga yang sama dikenakan Disney+ pada ketika ini tanpa iklan.

Manakala, pelan langganan bulanan tanpa iklan pula akan dikenakan bayaran $10.99 (~RM48.98).

Bagaimanapun, perlu diketahui buat masa ini kenaikan harga tersebut hanya melibatkan langganan di Amerika Syarikat. Juga, tidak diketahui jika Disney merancang untuk menaikkan harga langganan bagi pasaran lain untuk masa akan datang.

Sumber: Walt Disney

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY