Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (16)

Walaupun Ramai Tak Minat, Netflix Tetap Teruskan Ujian ‘Cloud Gaming’

Diterbitkan Oktober 23, 2023 oleh Muhd Idham

Naib pengerusi bahagian permainan di Netflix, Mike Verdu, telah mengesahkan bahawa Netflix akan memasuki industri permainan awan dalam persidangan pada tahun 2022.

Pada masa yang sama, Netflix mengumumkan bahawa mereka akan membuka studio permainan di California walaupun kejayaan Google dan Amazon direkod terhad dalam pasaran permainan awan.

Setelah melancarkan fasa percubaan untuk perkhidmatan permainan awan di United Kingdom dan Canada, mereka kini meneruskan percubaan di Amerika Syarikat.

Penambahan kos langganan tidak akan dikenakan bagi percubaan ini dan anda boleh mengakses katalog permainannya melalui TV pintar atau peranti yang disambung secara terus.

Dengan penggunaan Roku atau Chromecast, anda boleh terus memuat naik permainan dan bermain menggunakan telefon pintar sebagai pengawal.

Terdapat banyak siaran pekerjaan yang disenaraikan oleh Netflix pada tahun 2022 menunjukkan minat mereka dalam bidang permainan. Sebagai contoh, beberapa peluang pada ketika itu merujuk kepada penstriman berasaskan RTP (Real-time Transport Protocol).

Walaupun tidak dinyatakan skop permainan video di dalam iklan secara terang-terangan, iklan pekerjaan itu ada menyatakan tentang keperluan bagi individu yang berpengalaman dalam bidang membina permainan untuk peringkat awal.

Antara perkara yang perlu diambil perhatian adalah aplikasi pengawal untuk permainan awan ini hanya tersedia untuk peranti iOS sahaja. Sehubungan dengan itu, tarikh rasmi untuk aplikasi itu dilancarkan di Android atau keberkesanan permainan awan di skrin besar akan meninggalkan fasa ujian masih belum diketahui tarikhnya.

Walaupun terdapat individu yang tidak berminat dengan penstriman permainan, namun Netflix tidak berhenti untuk memanfaatkan peluang dan potensi platform ini untuk menjadi pasaran yang besar pada masa akan datang.

Netflix berpendapat tiada apa yang lebih mengecewakan daripada membayar ciri dan tambahan berlebihan yang jarang digunakan daripada membayar bayaran bulanan yang disekalikan dengan ciri penstriman permainan.

Berkaitan

  • Ini Alasan Tim Cook Kenapa Anda Perlu Beli iPhone Terbaru Setiap Tahun
  • Ini Sejumlah Ciri Baharu Yang Mula Tersedia Di YouTube
  • X Mula Kenakan Bayaran Ke Atas Pengguna Mereka Di 2 Buah Negara
  • Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY