Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix anime

Netflix Bekerjasama Dengan Studio Jepun, Mahu Rancakkan Kandungan Anime

Diterbitkan April 27, 2022 oleh Firdaus

Sejak kebelakangan ini, banyak kontronversi yang kita dengar tentang masalah yang dihadapi Netflix. Setakat April ini, Netflix telah kehilangan 200,000 pelanggan dan angka itu dijangka boleh meningkat hingga mencecah 1 juta pelanggan.

Netflix anime Jepun
Salah satu anime yang dihasilkan Netflix

Tidak cukup setakat itu, nilai saham netflix mencatatkan penurunan yang amat besar dan ia berlaku hanya dalam 1 malam sahaja. Selain itu, Netflix juga menerima tamparan yang negatif dan teruk daripada pengguna dek pilihan mereka untuk menaikkan harga langganan.

Pada selasa lepas, Netflix telah mengumumkan jalinan kerjasama dengan Studio Colorio Jepun dalam pembikinan beberapa filem bersamanya. Netflix melabur dalam ‘content’ anime dengan tujuan untuk menambah pengaruhnya di Benua Asia.

Hal ini demikian, hampir 90% pelanggan Netflix di Jepun meminati dan menonton kandungan anime pada platform itu. Tambahan lagi, kawasan Asia Pasifik merupakan penyumbang utama kepada pulangan kasar Netflix pada suku pertama tahun ini.

Ketika platform ini kehilangan kepercayaan di peringkat global, pelanggan Netflix di Asia Pasifik masih setia terhadap platform ini. Mungkin, pendekatan Netflix ini akan membuka pintu kepada lebih banyak kandungan cerita anime di platformnya.

Sumber: Reuters

Gambar utama: What’s on netflix

Baca juga:

  • 5 Sebab Kenapa Saham Netflix Jatuh Menjunam
  • Netflix Hilang Lebih 200,000 Pelanggan Pertama Kali Dalam 10 Tahun
  • Ramai Kecewa Harga Netflix Naik Tapi Untuk Kebaikan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY