Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nenek 59 Tahun Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Tekan Tubi Lebih 1,500 Kali Dalam 60 Minit

Nenek 59 Tahun Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Tekan Tubi Lebih 1,500 Kali Dalam 60 Minit

Diterbitkan November 25, 2024 oleh ariff bukhari

Seorang nenek berusia 59 tahun bernama DonnaJean Wilde dari Kanada telah berjaya mencipta rekod dunia Guinness apabila berjaya melakukan senam tekan tubi sebanyak 1,575 kali dalam masa 1 jam.

Malah pencapaiannya itu merupakan rekod dunia kedua untuknya selepas memegang rekod dunia paling lama dalam kedudukan plank (wanita), apabila dia melakukan plank selama 4 jam 30 minit dan 11 saat.

DonnaJean berkata, latihan ketat untuk gelaran rekod pertamanya itu telah membantunya untuk gelaran kedua.

Dia jatuh hati dengan senam tekan tubi apabila dia terpaksa melakukan 500 kali sehari untuk persediaan plank.

Dia menghabiskan berjam-jam bersenam di rumah  keluarganya di Beazer, Alberta di kaki bukit Pergunungan Rocky.

“Saya percaya bahawa jika kita kekal aktif dan mempunyai matlamat kesihatan dan kesejahteraan, kita boleh menua dengan anggun dan bertenaga,” DonnaJean.

Untuk mengesahkan rekod itu, tekan tubi itu perlu dilakukan mengikut standard tertentu, memerlukan kedudukan siku 90 darjah di bahagian bawah tekan tubi, dengan lanjutan penuh lengan apabila menolak ke atas.

Saksi bebas memaparkan jumlah semasanya pada papan skor.

Nenek 59 Tahun Ini Cipta Rekod Dunia Guinness Tekan Tubi Lebih 1,500 Kali Dalam 60 Minit
Usaha DonnaJean digalakkan lagi oleh 11 daripada 12 cucunya, termasuk yang mengatakan “Nenek saya secara rasmi hebat!”

Bermula dengan kuat, dia melengkapkan sebanyak 620 tekan tubi dalam masa 20 minit pertama.

Dia kemudian berselang-seli antara 20 dan lima tekan tubi selama 15 minit seterusnya dan melengkapkan purata kira-kira 10 tekan tubi setiap ulangan sehingga masa tamat.

Berkaitan

  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • MCMC Diminta Teliti Saluran Notis Bencana Tanpa Perlu Melalui SMS - Fahmi
  • Skor AnTuTu Redmi K80 Pro Didakwa Yang Tertinggi, Tewaskan ROG Phone 9 Dan iQOO 13

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY