Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebab Kenapa Produk Apple Mahal ‘Level’ Kayangan

Negara Jiran Kita Ditangga Ke-5 Sebagai Bandar Yang Miliki Jutawan Paling Ramai Di Dunia

Diterbitkan September 30, 2022 · Dikemas kini September 30, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan oleh Henley & Partner, negara jiran kita iaitu Singapura memiliki seramai 249,800 jutawan.

Jumlah itu termasuklah 336 darinya memiliki kekayaan lebih daripada 100 juta dolar (centi-jutawan) dan 26 lagi pula memiliki kekayaan lebih daripada 1 bilion dolar.

Jumlah itu sekaligus meletakkan Singapura di tangga ke-5 sebagai sebagai bandar raya yang memiliki paling ramai jutawan di dunia.

Kedudukan pertama dinobatkan kepada Bandar Raya New York di mana ia miliki seramai 345,600 jutawan dengan 737 darinya miliki kekayaan lebih daripada 100 juta dolar dan 59 nya lagi miliki kekayaan lebih daripada 1 bilion dolar.

Ia diikuti oleh Tokyo, Jepun yang miliki seramai 304,900 jutawan, San Fransisco Bay (276,400 jutawan), London (272,400 jutawan).

Henley & Partner menyatakan, separuh pertama tahun 2022 adalah tempoh negatif untuk pembentukan kekayaan global.

Jumlah individu bernilai tinggi di seluruh dunia didapati menurun sebanyak 5% dalam tempoh enam bulan hingga Jun 2022.

Menurut Henley & Partner, penurunan ini berpunca daripada prestasi buruk indeks pasaran saham utama.

Sumber: Henley & Partner

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY