Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASCAR Tayang Prototaip EV Berharga RM7 Juta, Mampu Hambur Kuasa Setinggi 1341Hp

NASCAR Tayang Prototaip EV Berharga RM7 Juta, Mampu Hambur Kuasa Setinggi 1341Hp

Diterbitkan Julai 8, 2024 · Dikemas kini Julai 8, 2024 oleh ariff bukhari

NASCAR mempamerkan kereta lumba prototaip EV baharu di Chicago Street Race sebagai sebahagian daripada pembentangan mengenai inisiatif kemampanannya, yang mana ia mempunyai rakan kongsi baharu dengan firma elektrifikasi Sweden ABB.

NASCAR menyatakan, prototaip EV itu mempunyai tiga motor elektrik – satu di hadapan dan dua di belakang yang dikuasakan oleh bateri sejukan cecair 78-kWh yang boleh menjana kuasa sehingga 1,000kW (1341hp) pada puncak kuasanya.

NASCAR berkata, EV itu dibangunkan dari platform Next Gen NASCAR yang diubah suai yang diperkenalkan pada tahun 2022, yang direka dengan fokus ke arah peralihan kepada bahan api alternatif.

NASCAR Tayang Prototaip EV Berharga RM7 Juta, Mampu Hambur Kuasa Setinggi 1341Hp

Pembangunan kereta lumba prototaip EV NASCAR ini dibangunkan hasil kerjasama Chevrolet, Ford, dan Toyota.

Sebelum dilancarkan, prototaip bernilai $1.5 juta (~RM7 juta) itu hanya dipandu oleh pemandu NASCAR David Ragan.

Ragan memberitahu bahawa pusingan terpantasnya di Martinsville Speedway di Virginia adalah “dua persepuluh saat lebih perlahan” daripada pelumba biasa, walaupun ia mempunyai pecutan hampir dua kali ganda.

Ini kerana, berat badan EV itu memberi kesan besar apabila mengambil selekoh.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Miliki Tesla Model Y Serendah RM60/hari, Varian Prestasi Dapat Kredit 'Supercharging' Percuma

Sumber: NASCAR, The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY