Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
voyager 2

NASA Terputus Hubungan Dengan Voyager 2 Selepas “Tersalah” Hantar Arahan

Diterbitkan Ogos 3, 2023 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) telah terputus hubungan dengan kapal angkasa Voyager 2 selepas agensi itu tersalah menghantar arahan kepada probe tersebut.

Akibatnya, Voyager 2 tidak lagi menerima arahan atau menghantar semula data kepada NASA sejak 21 Julai 2023 lepas.

Walaubagaimanapun, status terkini NASA memaklumkan bahawa mereka dapat mengesan denyutan isyarat dari Voyager 2 ketika melakukan rutin mengimbas langit.

Memandangkan kapal angkasa itu berada hampir 20 bilion kilometer (lebih 12 bilion batu) jauhnya, isyarat itu akan mengambil masa sekitar 18 jam untuk sampai ke bumi.

Voyager 2 adalah kapal penerokaan angkasa lepas yang sudah berusia 43 tahun. Ia telah dilancarkan pada 20 Ogos 1977 di bawah misi pengembaraan angkasa lepas Voyager Interstellar Mission (VIM).

Objektif misi itu adalah bagi meluaskan lagi eksplorasi angkasa lepas NASA dengan memasuki ruang angkasa interstellar menerusi Voyager 1 dan Voyager 2.

NASA Terputus Hubungan Dengan Voyager 2 Selepas “Tersalah” Hantar Arahan

Voyager 2 dianggarkan berada lebih daripada 12.3 bilion batu (19.9 bilion km) dari Bumi, di mana ia meluncur pada kelajuan 34,390mph (55,346km/j) melalui ruang yang dikenali sebagai interstellar – ruang antara bintang.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • NASA Jalankan Simulasi Hidup Di Marikh, Sukarelawan Dibayar ~RM46/jam
  • DJI Lancar Osmo Action 4 Dengan Sensor Lebih Besar
  • Nokia Bersedia Memasang Rangkaian Telekomunikasi 4G Di Bulan

Sumber: BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY