Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Jalankan Simulasi Hidup Di Marikh, Sukarelawan Dibayar ~RM46/jam

NASA Jalankan Simulasi Hidup Di Marikh, Sukarelawan Dibayar ~RM46/jam

Diterbitkan Julai 7, 2023 · Dikemas kini Julai 7, 2023 oleh ariff bukhari

NASA sudah pun mula menjalankan projek simulasi hidup di planet Marikh sejak bulan lepas yang dikenali sebagai CHAPEA (Crew Health and Performance Exploration Analog.

CHAPEA ialah satu siri misi analog yang mensimulasikan penginapan selama setahun di permukaan Marikh yang dinamakan sebagai Mars Dune Alpha.

NASA Jalankan Simulasi Hidup Di Marikh, Sukarelawan Dibayar ~RM46/jam
Struktur habitat Mars Dune Alpha dibina menggunakan cetakan 3D.
NASA Marikh
Kemudahan simulasi habitat itu termasuklah 4 tempat tinggal individu untuk kru sukarelawan tersebut.

Seramai 4 individu telah bersetuju untuk diasingkan di dalam simulasi habitat Marikh yang berkeluasan 1,700 kaki persegi bertempat di Pusat Angkasa Johnson NASA, Houston, Texas.

4 Orang krew itu adalah saintis penyelidikan Kelly Haston, jurutera struktur Ross Brockwell, doktor perubatan kecemasan Nathan Jones dan ahli mikrobiologi Tentera Laut AS Anca Selariu.

13:31 / 15:30   CHAPEA Mission 1 Crew

Tujuan simulasi itu bertujuan mengkaji bagaimana rasanya hidup di Planet Merah dan bagaimana manusia boleh belajar untuk menghadapi persekitaran yang melampau di planet itu.

Selain itu objektif misi adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang logistik – dan psikologi manusia – untuk hidup jangka panjang di planet lain, tanpa pernah meninggalkan tanah.

NASA Marikh

Antara jadual padat dan tugas sukar yang akan mereka akan lakukan adalah seperti aktiviti senaman yang ketat, melakukan simulasi berjalan kaki di angkasa dan bercucuk tanam.

Menurut laporan oleh Houston Chronicle, setiap sukarelawan dibayar NASA sebanyak USD10/jam (~RM46/jam) untuk setiap waktu berjaga mereka dengan jumlah keseluruhan sekitar USD60,000 (~RM279,930) untuk tempoh 378 hari itu.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Xiaomi by Vivid Concepts Bagi Diskaun Sehingga 90%, TWS Hanya RM9 Dan Telefon Pintar Serendah RM99
  • Redmi 12 Dilancar, RM699 Untuk RAM 8GB Dan ROM 256GB

Sumber: Houston Chronicle, Futurism, NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY