Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Ada Misi DART – Letupkan Asteroid Untuk Selamatkan Bumi

Misi DART – NASA Akan Lancarkan Roket Untuk Letupkan Asteroid Minggu Ini

Diterbitkan November 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Terdahulu, NASA ada sebuah misi yang dinamakan Ujian Pengalihan Semua Asteroid Berganda (DART). Ia adalah bertujuan untuk meletupkan asteroid yang boleh mengancam bumi pada masa akan datang.

Terbaru, misi tersebut bakal dilaksanakan juga seperti yang dirancang di mana pada 24 November jam 1:20 pagi. NASA akan melancarkan roket Falcon 9 milik SpaceX yang akan mengambil tempat dari Pangkalan Angkasa Vandenberg, California.

Siaran langsungnya boleh ditonton menerusi televisyen NASA, YouTube NASA, aplikasi NASA dan media sosial mereka.

Mengingat kembali misi DART, mereka mahu menghantar kapal angkasa seberat 549 kg yang dijangka untuk memusnahkan Asteroid digelar Dimorphos. Asteroid yang mempunyai diameter 160m ini mengorbit satu lagi asteroid yang lebih besar, iaitu Didymos.

Sekiranya berjaya, roket berkelajuan 24000 km/j itu akan melanggar asteroid yang jaraknya dari bumi sejauh 10.1 juta kilometer dan letupan akan berlaku antara 26 September dan 1 Oktober 2022.

Sumber: space

Baca juga:

  • Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi

  • Olympus Mons, Gunung Berapi Terbesar Berketinggian 25KM

  • NASA Mengesan Lebih Banyak Asteroid Menghampiri Bumi Dalam Tempoh 50 Tahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY