Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Matahari NASA-970-80

NASA Rakam Puting Beliung Di Matahari, Tinggi 14 Kali Planet Bumi

Diterbitkan Mac 25, 2023 · Dikemas kini Mac 25, 2023 oleh Firdaus

NASA berjaya rakam sebuah bencana alam, puting beliung yang terjadi di permukaan Matahari.

Matahari NASA-970-80

Jika di Bumi, bencana tersebut berlaku apabila udara panas dan sejuk di atmosfera bumi bertembung dan seterusnya membentuk puting beliung.

Tetapi puting beliung di permukaan Matahari itu terdiri daripada jirim plasma dan dibentukkan oleh medan magnetik bintang itu sendiri.

Saiz, Kelajuan Dan Suhu Yang Tidak Masuk Akal

Untuk pengetahuan anda, puting beliung itu terus menerus hidup selama 3 hari dan mencapai ketinggian 120,000 km atau 14 kali ganda planet Bumi kita ini.

Sebelum puting beliung itu tamat, ia berjaya meningkatkan kelajuannya hingga 500,000 km. Catatan itu sangat mengejutkan para saintis kerana kelajuan itu 1000 kali lebih pantas berbanding puting beliung yang terpantas pernah dicatatkan di Bumi.

Secara purata, suhu Matahari dicatatkan sekitar 5,500°C tetapi suhu beliung itu dicatatkan hingga 250,000°C. Suhu itu lebih daripada cukup untuk membakar mana-mana organisma hingga lenyap dalam sekelip mata sahaja.

Jangka Hayat Selama 3 Hari

Selepas 3 hari puting beliung ini mengganas di permukaan Matahari, ia runtuh atau berubah menjadi debu-debu gas di angkasa.

Bencana yang boleh kita anggap sebagai satu fenomena angkasa baharu untuk dunia ini berjaya ditangkap oleh Solar Dynamics Observatory, NASA pada 15  hingga 18 Mac lepas.

Berkaitan

  • Akhirnya Basikal Tanpa Rantai Menjadi Realiti
  • Cakera Blu-Ray Ini Dijamin Mampu Simpan Data Selama 100 Tahun
  • Akhirnya Selepas 50 Tahun, Pencipta Ethernet Menang Anugerah Tertinggi Perkomputeran
  • Ramadan Tiba Beri Kesan Pada Kelajuan Purata Muat Turun 4G Di Awal Pagi - Opensignal
  • CelcomDigi Ungguli Sebagai Penyedia Perkhidmatan Paling Bertambah Baik 2023 Di Malaysia - Opensignal

Sumber: Space.com

Gambar utama: Space.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY