Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NASA Berjaya Langgar Asteroid Dimorphos

NASA Berjaya Langgar Asteroid Dimorphos

Diterbitkan September 27, 2022 · Dikemas kini September 27, 2022 oleh ariff bukhari

Pada awal pagi tadi (waktu tempatan), NASA telah berjaya menghempaskan kapal angkasa DART (Double Asteroid Redirection Test) ke atas asteroid Dimorphos.

DART merupakan kapal angkasa ujian yang direka untuk menghentam asteroid bagi mengubah laluan asteroid dari membahayakan Bumi.

Ia adalah misi pertama NASA untuk menguji teknologi tersebut sebagai salah satu usaha mempertahankan Bumi daripada potensi bahaya asteroid atau komet.

Berkaitan

  • Ini Gambar Pertama Bumi Dari Angkasa Lepas, Diambil 76 Tahun Yang Lalu
  • Malaysia Di Kedudukan Ke-69 Dengan Keluasan Daratan Hanya Liputi 0.065% Sahaja Permukaan Bumi
  • Kecerdasan Buatan Beri Gambaran Rupa Swafoto Terakhir Sebelum Bumi Hancur
  • Ini Perbandingan Gambar Teleskop Hubble Dan James-Webb Yang Buat Saintis Terkejut

DART yang menelan belanja sekitar RM1.4 bilion untuk dibangunkan itu dihempaskan pada kelajuan 14,000 batu/jam (sekitar 22,530 kilometer/jam) ke atas asteroid tersebut.

Hasil impak hentaman DART ke atas asteroid itu masih belum diketahui dengan jelas.

Tetapi sekiranya saintis NASA dapat membuktikan orbit asteroid itu diubah, ia akan menunjukkan bahawa kita mungkin dapat mengalihkan orbit asteroid yang mengancam Bumi pada masa hadapan sekaligus menghalangnya daripada membahayakan Bumi.

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY