Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Di Kedudukan Ke-69 Dengan Keluasan Daratan Hanya Liputi 0.065% Sahaja Permukaan Bumi

Malaysia Di Kedudukan Ke-69 Dengan Keluasan Daratan Hanya Liputi 0.065% Sahaja Permukaan Bumi

Diterbitkan Julai 18, 2022 · Dikemas kini Julai 18, 2022 oleh ariff bukhari

Permukaan Bumi meliputi lebih daripada 510 juta kilometer persegi, tapi kurang dari 30% sahaja Bumi diliputi oleh daratan.

Selebihnya permukaan Bumi diliputi dengan air, termasuklah air tawar dan lautan.

Laman Visual Capitalist memberikan gambaran yang cukup menarik bagi menunjukkan perbezaan saiz keluasan daratan negara-negara di dunia meliputi permukaan Bumi.

Berdasarkan data daripada Divisyen Statistik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSD), Rusia adalah negara terbesar di dunia dengan daratannya meliputi 3.35% atau seluas 17,098,246 kilometer persegi permukaan Bumi.

Antartika pula walaupun bukanlah sebuah negara tersenarai sebagai memiliki daratan kedua terbesar di dunia dengan keluasannya meliputi 2.74% (14,000,000 kilometer persegi) permukaan Bumi.

Kemudian diikuti oleh Kanada (1.96%), China (1.88%), Amerika Syarikat (1.86%), Brazil (1.67%) dan Australia (1.50%).

keluasan negara dunia

Jadi, bagaimana pula dengan Malaysia?

Malaysia yang mempunyai keluasan permukaan daratan seluas 330,803 kilometer persegi pula disenaraikan sebagai negara ke-69 yang memiliki daratan terbesar di dunia meliputi 0.065% permukaan Bumi.

Sementara Vatican City pula yang hanya memiliki daratan seluas 0.49 kilometer persegi sahaja dengan peratusan meliputi permukaan Bumi 0.00% meletakknya di tangga ke-200 (terakhir).

permukaan bumi

Sumber: visualcapitalist

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY