Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NAMMI 01

Nammi 01 Guna Bateri ‘Solid State’, Cas 8 Minit Dapat 200km

Diterbitkan Ogos 25, 2023 ยท Dikemas kini Ogos 25, 2023 oleh ariff bukhari

Pengeluar kereta China yang terkenal kerana melancarkan banyak jenama, Dongfeng baru melancarkan model kereta elektrik (EV) terbaru mereka, Nammi 01.

Cuma apa yang menjadikan Nammi 01 menarik adalah EV ini tidak menggunakan bateri lithium ion yang biasa digunakan dalam EV ketika moden sekarang.

Sebaliknya Nammi 01 dimuatkan dengan bateri keadaan pepejal (solid state battery).

Nammi mendakwa EV mereka ini akan dapat dicas hanya dalam masa 8 minit sahaja tetapi memberikan jarak perjalanan sejauh 200 km.

Selain itu, antara ciri utama lain yang ada pada Nammi 01 adalah ia menyokong ciri bantuan pemanduan aktif, termasuk AEB dan fungsi parkir automatik serta dipacu motor elektrik tunggal yang mampu hasilkan kuasa maksimum 163 hp.

Dongfeng menjelaskan bahawa Nammi akan memberi tumpuan kepada pasaran kenderaan elektrik kecil.

Nammi disasarkan untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 400,000 unit menjelang tahun 2025 dengan model pertamanya dijadualkan akan memasuki pasaran pada suku ke-4 tahun ini.

Berkaitan

  • Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari
  • Kenderaan EV Mungkin Akan Guna Nombor Plat Khas, Cukai Jalan Lebih Rendah
  • "Jangan Letak iPhone Di Bawah Bantal Ketika Dicas" - Apple

Sumber: Carnewschina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY