Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nama Adiwira Marvel Paling Banyak Dijadikan Kata Laluan

Nama Adiwira Marvel Paling Banyak Dijadikan Kata Laluan

Diterbitkan Oktober 4, 2021 ยท Dikemas kini Oktober 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Mozilla membandingkan nama watak adiwira yang paling banyak digunakan oleh pengguna untuk dijadikan kata laluan mereka.

Perbandingan itu adalah berdasarkan set data daripada laman haveibeenpwned.com.

Menurut Mozilla, nama adiwira yang paling popular digunakan pengguna sebagai kata laluan mereka adalah Superman iaitu sebanyak 368,397.

Dikedudukan kedua pula adalah adiwira Batman di mana sebanyak 226,327 pengguna menggunakannnya.

Namun begitu, watak adiwira dari Marvel adalah yang paling kerap digunakan pengguna untuk kata laluan mereka yang mana Spider-Man dilihat sebanyak 160,030. Antara watak yang lain yang digemari juga termasuk Wolverine dan Ironman.

Nama Adiwira Marvel Paling Banyak Dijadikan Kata Laluan

Selain itu, bukan sahaja watak adiwira yang digunakan sebagai kata laluan tetapi watak berkaitan puteri-puteri Disney juga disukai terutama untuk akaun pengguna Disney+.

Buat pengetahuan, kata laluan yang kuat amatlah penting. Jika anda seorang pengguna yang kerap menggunakan kata laluan yang sama pada kesemua akaun, ia amatlah berisiko.

Oleh itu, cara lain yang boleh digunakan untuk mencipta kata laluan yang kuat adalah menerusi perkhidmatan kata laluan. Anda boleh bacanya di SINI. Andai kata anda malas menukar kata laluan, boleh juga mengaktifkan lapisan keselamatan melalui pengesahan dwi-faktor.

Sumber: mozilla

Baca juga:

  • Apple Tak Mahu Lagi Pengguna Ingat Kata Laluan Selepas Ini
  • 10 Kata Laluan Tak Selamat Yang Masih Ramai Gunakan Pada 2020
  • Cara Menetapkan Hanya Pemilik Akaun Sah Google Sahaja Boleh Melihat Aktiviti ‘History’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY