Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-05-28 at 23.34.24

Cara Menetapkan Hanya Pemilik Akaun Sah Google Sahaja Boleh Melihat Aktiviti ‘History’

Diterbitkan Mei 29, 2021 oleh ariff bukhari

Google telah memperkenalkan ciri baru bagi melindungi privasi akaun penggunanya.

Ciri baru itu adalah dengan menambah lagi lapisan keselamatan yang memerlukan pengesahan dari penggunanya.

Bermakna, hanya pemilik akaun google itu sahaja yang akan dapat melihat segala aktiviti history yang direkod dalam aktiviti akaun Google mereka.

Berikut adalah cara tetapan Hanya Pemilik Akaun Google Sahaja Boleh Melihat Aktiviti ‘History’ mereka:-

Baca juga: Google Akan Menghapuskan Kata Laluan, Menggantikannya Dengan 2FA

1. Buka laman activity.google.com

Screenshot 2021-05-28 at 23.32.18

2. Pilih Manage My Activity Verification dan tandakan pada Require Extra Verification.

Screenshot 2021-05-28 at 23.32.58

Selepas mengaktifkan ciri tersebut, anda perlu memasukkan kata laluan laluan sebagai langkah pengesahan apabila setiap kali anda hendak mengakses aktiviti History dalam akaun Google anda.

Screenshot 2021-05-28 at 23.34.10

Ciri baru ini amat sesuai kepada mereka yang berkongsikan komputer atau kerap kali terlupa untuk mengunci peranti mereka.

Cuma Google masih menggunakan metod kata laluan untuk pengesahan penggunanya. Tapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu meningkatkan lagi  ciri keselamatan pada privasi akaun Google anda.

Selamat mencuba.

Baca juga: Ciri Baru Chrome Akan Mencadangkan Tukar Kata Laluan Yang digodam Kepada Yang Baru

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY