TikTok umum dikenali sebagai platform yang menawarkan video-video pendek, iaitu berdurasi 60 saat. Kini, bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka, TikTok memperkenalkan ciri muat naik video lebih panjang.
Selain itu, TikTok menyatakan ciri ini akan diberikan secara berperingkat kepada semua. Dengan ini, pengguna TikTok mempunyai lebih masa untuk menghasilkan kandungan kerana durasi maksimum video adalah 3 minit.
Tambahan lagi, ia secara tidak langsung memberikan tekanan buat pesaingnya seperti Instagram dan YouTube memandangkan jumlah pengguna TikTok sangatlah tinggi.
Klik pautan ini untuk ‘follow’ akaun TikTok Wiser.My
Sumber: TikTok
Baca juga – Guna ‘Setting’ YouTube Ini Agar Anak-Anak Tak Tonton Video Tidak Bermoral
Baca juga – Ibu Bapa Kini Boleh Pantau TikTok Anak-Anak Dengan Ciri Baru Ini