Pernah tak anda buka profil seseorang di Facebook dan ada paparan ikon kunci dan notis “locked profile” sehingga tiada apa-apa posting yang ditunjukkan? Hampir kosong profilnya.
Yang ada cuma gambar profil dan cover tapi kedua-duanya tidak boleh diklik untuk resolusi lebih besar.

Apa itu Lock Profile di Facebook?
Lock profile adalah ciri privasi Facebook yang mengehadkan apa yang boleh dilihat oleh pengguna Facebook lain yang bukan rakan anda.
Apabila diaktifkan, kandungan seperti kiriman, gambar, Stories dan maklumat peribadi hanya boleh dilihat oleh rakan anda.

Kelebihan Lock Profile Facebook
- Hanya rakan anda yang dapat melihat gambar, kiriman dan Stories di profil anda, termasuk resolusi penuh gambar profil dan gambar cover.
- Pengguna yang bukan rakan anda tidak boleh zum, kongsi atau muat turun gambar profil dan gambar cover anda.
- Semua kiriman “Public” sedia ada akan ditukar kepada “Friends” secara automatik dan kiriman baru hanya dikongsi dengan rakan sahaja.
- Ikon kunci dan teks “locked his/her profile” akan muncul pada profil anda.
- Ciri semakan profil dan semakan tag turut diaktifkan secara automatik.
- Boleh dihidupkan dan dimatikan pada bila-bila masa melalui aplikasi.
Anda masih boleh tetapkan sebarang kiriman kepada Public walaupun profil anda dikunci namun perlu dilakukan secara manual.
Apa yang masih boleh dilihat orang luar dalam mod Lock Profile?
- Akaun anda masih dapat dicari sesiapa sahaja.
- Orang luar masih boleh hantar permintaan rakan jika tetapan anda membenarkannya.
- Orang luar yang bukan rakan anda masih dapat lihat apa-apa yang ada tetapkan sebagai Public.
- Sebarang kiriman, gambar atau maklumat peribadi yang ditetapkan sebagai Public seperti tempat lahir, tarikh lahir dan tempat kerja masih boleh dilihat oleh bukan-rakan.
Cara Lock Profile Facebook
- Buka aplikasi Facebook di telefon anda.
- Tekan ikon profil anda di bahagian bawah skrin.
- Tekan ikon tiga titik (…) di sebelah kanan atas.
- Tekan “Lock Profile“.
- Tekan “Lock Your Profile” untuk mengesahkan.
Profil anda akan beralih ke mod locked serta-merta.
Untuk unlock profil anda, ulang langkah yang sama dan tekan “Unlock“.
Nak tahu lebih banyak tentang tips ringkas media sosial? Tinggalkan cadangan di ruangan komen.
{suggest}




