Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazon robot

Nak Cepatkan Proses, Amazon Cadang Hapuskan Kod Bar Pada Produk

Diterbitkan Disember 14, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Amazon semakin maju dengan teknologi robot mereka yang semakin berkembang. Namun, tangan robotik ini tidak dapat mengendalikan sistem kod bar dengan baik.

Oleh disebabkan itu, syarikat ini bercadang untuk membuang sistem tersebut dan hanya mengesan produk-produk mereka dengan kamera berteknologi tinggi.

Tampalan kod bar agak sukar untuk robot apabila ia melibatkan bentuk-bentuk produk yang agak pelik.

Berkaitan

  • Amazon Sudah Mula Menggunakan Robot Untuk Menguruskan Barang
  • Pertama Di Dunia, LG Perkenal Monitor OLED Berkadar Segar 240Hz
  • Redmi Note 12 Pro+ Akan Dilancar Pada Januari Depan
  • DJI Mini 3, Dron Berprestasi Terbaru Pada Harga Bajet
  • Will Smith "Belanja" 2 Bulan Akses Percuma Apple TV+

Amazon menggunakan sistem kamera untuk melakukan pemerhatian melalui gambar-gambar produk yang telah ditangkap.

Pakar robotik dan AI Amazon ingin menggabungkan teknologi robot untuk mengenal pasti barang dan mengambilnya untuk pembungkusan.

Sistem ini tersedia untuk fasiliti yang terletak di Barcelona, Spain, dan Hamburg, Germany buat masa ini.

Melalui kaedah baru ini, proses pembungkusan telah dipercepatkan dan tahap ketetapan untuk robot ini adalah antara 75% dan 80%. Kini, tahap ketetapan pengesanan produk tersebut berada di tahap 99%.

Namun, teknologi robot ini kadangkala mengalami masalah seperti pengesanan produk yang salah. Produk ini kemudiannya terus dihantar kepada pelanggan tanpa semakan kali kedua.

Kumpulan AI Amazon masih lagi dalam proses untuk mengekalkan kualiti sistem robotik tersebut. Ini kerana mereka ingin menggantikan tenaga kerja manusia kepada robot dalam soal akses produk yang ingin diuruskan.

Sumber: CNET

Gambar utama: wired

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY