Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Mini 3

DJI Mini 3, Dron Berprestasi Terbaru Pada Harga Bajet

Diterbitkan Disember 13, 2022 oleh ariff bukhari

Peneraju dron awam dan teknologi kamera, DJI telah melancarkan dron terbaru mereka iaitu DJI Mini 3.

DJI Mini 3 adalah dron yang dilengkapi dengan spesifikasi berprestasi tapi boleh ditawarkan pada harga bajet mampu milik.

Malah dengan berat kurang daripada 249 gram, Mini 3 adalah ringan untuk dibawa ke mana jua dan dikecualikan daripada kebanyakan peraturan dron di beberapa buah negara.

DJI Mini 3 – Outdoor Promotional Images (beach) 10 of 11

Kamera DJI Mini 3 menggunakan sensor CMOS bersaiz 1/1.3-inci dan apertur f/1.7 yang berupaya merakam dalam 4K/30fps HDR yang menakjubkan dengan warna yang realistik, pada waktu siang mahupun malam. 

 Teknologi piksel 4-dalam-1 nya pula boleh mencipta foto daripada saiz 48MP hingga 12MP.

DJI Mini 3 – Close-Up 2 of 7

Bateri Penerbangan Pintar standard dron ini mampu memberikan masa penerbangan maksimum sehingga 38 minit serta mampu menyampaikan suapan langsung 720p/30fps dari jarak sehingga 10 km menerusi Transmisi video digital DJI O2.

DJI Mini 3 boleh dibeli dari stor rasmi SHOPEE DJI dan rakan kongsi runcit yang sah dalam tujuh konfigurasi berikut:-

  • DJI Mini 3 (Dron Sahaja) tidak termasuk alat kawalan jauh atau pengecas dan sesuai untuk pemilik dron DJI sedia ada. Ia boleh didapati pada harga runcit RM 1,999.
  • DJI Mini 3 termasuk Alat Kawalan Jauh DJI RC-N1. Ia boleh didapati pada harga runcit RM 2,399.
  • DJI Mini 3 (DJI RC) termasuk Alat Kawalan Jauh DJI RC. Ia boleh didapati pada harga runcit RM 3,099.
  • Kombo Plus DJI Mini 3 Fly More termasuk Alat Kawalan Jauh DJI RC-N1, Beg Bahu, Hab Pengecasan Dua Hala dan dua Bateri Penerbangan Pintar tambahan. Ia boleh didapati pada harga runcit RM 3,299.
  • Kombo Plus DJI Mini 3 Fly More (DJI RC) termasuk Alat Kawalan Jauh RC DJI, Beg Bahu, Hab Pengecasan Dua Hala dan dua Bateri Penerbangan Pintar Plus tambahan. Ia boleh didapati pada harga runcit RM 3,999.

Berkaitan

  • Touch 'n Go Perkenal Edisi Khas TNG Charm, Boleh Guna Seperti TNG NFC
  • Memperkenalkan, Xiaomi Mini Host - Mac mini Versi Window
  • Pertama Di Dunia, LG Perkenal Monitor OLED Berkadar Segar 240Hz

Sumber: Media DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY