KKM: Kes COVID-19 Hanya Akan Muncul Di Hotspot Tracker MySejahtera Setelah Disiasat Dan Disahkan

KEMASKINI: Pihak KKM telah memuat naik kenyataan rasmi semula dengan ayat sedikit berbeza.

Mesej utamanya adalah sama iaitu sesuatu kawasan dikatakan ada kes selepas siasatan terperinci oleh KKM.

Namun, mereka menambah bahawa kesemua pusat membeli-belah bukan merupakan punca jangkitan COVID-19.



Artikel Asal: Aplikasi MySejahtera digunakan untuk merekod pergerakan pengguna dan juga pengesanan kontak. Selain itu, terdapat juga fungsi yang dinamakan Hotspot Tracker digunakan untuk melihat kes-kes Covid-19 pada sesuatu kawasan.



 

Kebelakangan ini, Malaysia menerima kenaikan kes secara mendadak. Antara kawasan yang terlibat adalah seperti Nu Sentral, Sunway Pyramid, KL Gateway, dan juga Suria KLCC.

https://twitter.com/aidilarazak/status/1310170662221131776

Melihat kepada kenaikan kes ini, sudah tentu ciri Hotspot Tracker sangat berguna jika pengguna mahu melihat sesuatu kawasan sudah dijangkiti Covid-19.

Namun sebaliknya, setelah disemak, kawasan yang dijangkiti Covid-19 tidak tersenarai dalam Hotspot Tracker.

https://twitter.com/izwanshahmin/status/1310218623756070912

Ini menjadikan ramai pengguna mula curiga dan kecewa - apakah fungsi dan tujuan Hotspot Tracker berkenaan.

Menurut salah satu pengguna, lebih baik jika Hotspot Tracker mempamerkan kawasan Covid-19 lebih pantas dan tepat agar lebih ramai pengguna boleh mengelak dari pergi ke kawasan yang berkenaan.

https://twitter.com/datukhensem/status/1310198609200082946

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi akaun Twitter telah memuat naik satu kenyataan (yang sudah dipadam) berkenaan Hotspot Tracker ini.

Kapsyen: Kenyataan rasmi dari KKM yang kini sudah dipadam.


Menurut mereka, sesuatu kawasan itu hanya boleh muncul di Hotspot Tracker jika ia sudah disahkan dan juga disiasat secara terperinci.

Ia walau bagaimanapun tidak menjawab persoalan utama kerana kawasan-kawasan tersebut sememangnya sudah dilaporkan secara rasmi oleh pengurusan atau organisasi masing-masing.

Kenyataan rasmi dari KKM ini sekali lagi menimbulkan kemarahan orang ramai dan tidak lama selepas itu mereka telah memadam kicauan tersebut.

Sumber: KKM

Berkaitan