MWC 2017: Samsung Galaxy S7 Edge Dinobatkan Sebagai Telefon Pintar Terbaik 2016

Samsung Electronics hari ini mengumumkan bahawa telefon flagship mereka Galaxy S7 Edge telah diiktiraf oleh GSMA sebagai "Best Smartphone of 2016" dalam kategori telefon pintar di acara tahunan MWC 2017 yang lalu.

"Kami sangat berbesar hati kerana reka bentuk dan inovasi yang diketengahkan oleh Galaxy S7 mendapat pengiktirafan" kata Junho Park, Naib Presiden Strategi Global Produk di Samsung Electronics. "Anugerah ini merupakan bukti usaha berterusan kami untuk terus berada di hadapan pesaing"

Samsung S7 Edge dibina dengan rekaan skrin lengkung 5.5″ SAMOLED QHD, Cip pemproses Exynos 8890, RAM sebesar 4GB, kapasiti bateri 3600mAh, keupayaan kamera yang cukup lazat bersama sensor 12-Megapixel f/1.7  sememangnya merupakan flagship terhebat pada tahun lepas bagi pihak Wiser.my sendiri.

Sumber