Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Minggu Depan, Musytari Akan Berada Pada Jarak Paling Hampir Dengan Bumi Dalam Tempoh 59 Tahun – NASA

Minggu Depan, Musytari Akan Berada Pada Jarak Paling Hampir Dengan Bumi Dalam Tempoh 59 Tahun – NASA

Diterbitkan September 22, 2022 · Dikemas kini September 22, 2022 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan bahawa planet terbesar dalam Sistem Suria,  Musytari (Jupiter) akan berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi dalam tempoh 59 tahun.

Diramalkan akan berlaku pada minggu depan, hari Selasa, 27 September 2022 ini (26 September 2022 waktu AS), jarak antara Bumi dan planet Musytari pada hari itu dianggarkan sekitar 590,629,248 kilometer (~367 juta batu).

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Planet Terbesar Akan Bertentangan Dengan Matahari Minggu Depan - MYSA
  • Windows 11 Terima Kemas Kini Utama, Ini Apa Yang Baharu
  • Ini 10 Istilah Unik Dipakai Pengguna Tempatan - Twitter

Kali terakhir jarak yang hampir sama itu pernah direkodkan berlaku adalah dalam tahun 1969 dahulu.

NASA menjelaskan, keadaan itu berlaku kerana Bumi dan Musytari tidak mengorbit Matahari dalam bulatan sempurna – bermakna planet-planet akan melepasi satu sama lain pada jarak yang berbeza sepanjang tahun.

Musytari ketika berada jarak paling jauh dari Bumi adalah sekitar 600 juta batu (965,606,400 kilometer).

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Musytari akan berada pada kedudukan oposisi atau dikenali sebagai istiqbal iaitu kedudukan bertentangan dengan Matahari merujuk kepada Bumi pada jam 03:25 pagi,  27 September 2022.

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY