Windows 11 Terima Kemas Kini Utama, Ini Apa Yang Baharu

Microsoft sudah mula mengedarkan kemas kini utama (major update) untuk Windows 11. Berikut adalah antara ciri dan perkara baharu diperkenal.

  1. Menu Start

    • Pengguna kini boleh cipta folder aplikasi di Start.

    • Tarik mana-mana ikon dipaparkan dan leret ke ikon aplikasi lain untuk cipta folder baharu.

    • Microsoft juga benarkan anda untuk mengubah saiz kawasan aplikasi yang dipin. Jadi, kawasan aplikasi yang disaran boleh dikurangkan.



  2. Tab dalam File Explorer

    • Tabs in File Explorer

    • Anda boleh membuka beberapa folder dalam satu tetingkap File Explorer.

    • Tak perlu lagi buka beberapa tetingkap File Explorer untuk buka folder berasingan.

    • Ia semacam tab dalam pelayar web seperti Chrome.



  3. Susun atur Snap untuk tetingkap dalam satu skrin

    • Shopping experience on Windows 11

    • Ciri Snap membolehkan anda membuka beberapa tetingkap dalam satu skrin.

    • Contohnya, 2 tetingkap bersebelahan.

    • Dalam kemas kini terbaru, ada 6 pilihan susun atur diberikan pada pengguna berbanding sebelum ini .



  4. Windows Studio

    • Windows Studio effects in Windows 11

    • Windows Studio hadir dengan kesan audio dan kamera akan bantu pengguna terutama ketika persidangan maya, dibanti dengan AI.

    • Voice Focus akan menapis hingar di latar agar suara anda didengari.

    • Background Blur untuk kaburkan bahan visual selain anda.

    • Automatic Framing agar kamera kekal dengan anda semasa anda bergerak.



  5. Penyunting video terbina, Clipchamp

    • Clipchamp in Windows 11

    • Anda kini boleh buat suntingan asas seperti potong video dan lain-lain tanpa perlu memasang perisian pihak ketiga kerana Chipchamp terbina dalam Windows 11.

    • Ia juga hadir dengan templat serta effect.



  6. Permainan

    • Ciri Auto HDR dan Variable Refresh Rate kini tersedia ketika pengguna bermain game.

    • Melalui aplikasi Xbox, anda juga boleh mengakses Game Pass terus daripada Windows 11.

    • Controller baw Xbox kini hadir dengan sedikit perubahan antara muka, memudahkan pengguna menavigasi.



  7. Smart App Control

    • Smart App Control in Windows 11

    • Ciri ini akan akan menyekat perisian, script yang tidak dipercayai daripada berjalan

    • Smart App Control boleh menjangka keselamatan perisian dalam masa nyata sebelum ia berjalan.

    • Namun, untuk hidupkannya, pengguna perlu melakukan clean install kerana ia perlu berjalan sejak awal sistem digunakan untuk memastikan tiada sebarang perisian berbahaya telah berjalan.



  8. Mesra alam

    • Windows berkata jika PC sedang disambung dengan sumber kuasa dan internet serta mempunyai tentang kadar karbon tersedia, sistem akan menjadualkan pemasangan kemas kini pada waktu tertentu berdasarkannya.

    • Ini adalah untuk mengurangkan pelepasan karbon.

    • Microsoft juga telah mengubah tetapan berkaitan Sleep dan Screen Off untuk alasan sama.



  9. Sari kata secara langsung, Live Captions

    • System wide live captions in Windows 11

    • Mainkan video daripada mana-mana platform, Windows akan sediakan sari kata secara langsung pada skrin anda.

    • Buat masa ini, ia hanya kesan bahasa Inggeris.

    • Untuk hidupkannya, tekan butang Windows + CTRL + L serentak.

    • Anda boleh pilih posisi sari kata tersebut.



  10. Focus

    • Focus session and Do Not Disturb in Windows 11

    • Ciri ini juga telah dilancarkan sejak pelancaran Windows 11 tempoh hari.

    • Apabila dihidupkan, anda tidak akan diganggu dengan notifikasi.

    • Lencana bernombor pada ikon perisian di taskbar juga tidak akan dipamerkan.

    • Aplikasi Clock juga akan mengingatkan anda untuk ambil masa rehat.




Ia sudah dilepaskan untuk semua pengguna seluruh dunia namun akan diterima secara berperingkat.

Sumber: Windows

{suggest}