Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Muslim Pro

Muslim Pro Derma Lebih Dari RM40 Ribu Pada Mangsa Banjir Termasuk Orang Asli Mah Meri

Diterbitkan Disember 23, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Di saat dunia masih bergelut dengan varian terbaru Covid-19, Omicron, beberapa kawasan di negara kita yang melibatkan ratusan ribu penduduk pula diuji dengan bencana banjir besar. Tidak berdiam diri, pelbagai pihak telah bertungkus-lumus memberi sumbangan dan bantuan.

Muslim Pro telah bekerjasama dengan sebuah NGO, Pertubuhan Kebajikan Sedulur (SEDULUR) dalam menghulurkan bantuan pada mangsa banjir di Selangor.

Muslim Pro Derma Lebih Dari RM40 Ribu Pada Mangsa Banjir Termasuk Orang Asli Mah Meri

SEDULUR mengagihkan bantuan berbentuk makanan dan barangan keperluan pada 410 buah kediamanan yang terjejas di Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Banting.

Keluarga terjejas dibekalkan dengan makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, tilam, bantal, selimut dan barangan untuk pembersihan.

Pihak mereka turut menderma US$10,000 (~RM42,000) pada isi rumah Orang Asli Mah Meri di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, penduduk di Sungai Lui dan beberapa kawasan lain di Klang dan Shah Alam.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir boleh menghantar barangan keperluan di RUMAH SEDULUR di 31, Jalan OS2, Taman One Sierra, 68100 Batu Cave, Selangor dengan menghubungi Najihah di talian 011-72334900 atau memberi sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Sedulur melalui nombor akaun Maybank – 5641 2864 9116.

Anda juga boleh lawati halaman Instagram SEDULUR untuk maklumat terkini mengenai bekalan yang diperlukan. Mangsa banjir yang memerlukan bantuan segera boleh menghubungi SEDULUR di talian 011-7233 4900.

Baca juga:

  • Muslim Pro Kini Berdepan Saman Oleh Pengguna Di Perancis Atas Isu Perkongsian Data
  • 6 Aplikasi Telefon Wajib Ada Sempena Bulan Ramadan
  • 4 Aplikasi Islamik Alternatif Yang Boleh Digunakan Selain Muslim Pro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY